Wednesday, March 31, 2010

Kisah Nenek Tua Penjual Sayur

GAMBAR INI IALAH SEKADAR GAMBAR HIASAN SAHAJA.(tiada kene mengena dengan kisah ini)Kisah ini dicoretkan oleh NOOR FAZRINA KAMAL seorang wartawan..Namun ia memberikan intipati yang besar dalam diri nur tentang ketabahan dan kecekalan hati..Nur sedih tapi nur juga gembira kerana masih dapat merenung ketabahan umat nabi Muhammad..Nur kagum kerana masih ada umat yang tabah dan cekal seperti nenek ini..Mungkin sekali diimbas situasi ini hanya sesuatu yang biasa sahaja tetapi jika ia dihayati dan didalami..ia adalah satu anugerah penghayatan untuk kita ,satu kisah teladan yang kita harus renungi dan insafi buat bekalan perjalanan kita..InsyaAllah..Pandanglah sesuatu yang berlaku itu dengan mata hati kerana mati hati tak pernah membutakan perjalanan hidup manusia...Dan mata hati itulah mengambarkan naluri sebenar manusia .Sama-samalah kita hayati ..Moga kita beroleh pengajaran dan iktibar darinya
KETIKA orang lain masih dibuai mimpi, dia sudah keluar rumah. Destinasinya adalah kawasan pasar berhampiran tempat tinggalnya di Kelana Jaya, Selangor. Itulah rutin hidupnya setiap hari. Tujuannya hanya satu. Mengutip bahan mentah seperti sayur dan ikan yang masih elok pada pandangan mata uzurnya.Pencariannya bukan sebagai pelanggan yang biasanya dilihat membeli sayur dan bahan mentah untuk dimasak sebagai santapan ahli keluarga, tetapi untuk mengutip sayur-sayuran dan ikan yang kurang elok dan telah diketepikan oleh penjual di pasar untuk dijual semula.Itulah sumber rezeki warga emas yang bernama Halimah Mindik ini untuk mencari nafkah demi menyara hidupnya.

Dalam usia yang mencecah 87 tahun, kudrat beliau masih mampu untuk memikul beg plastik berisi sayur-sayuran serta ikan yang purata beratnya lebih kurang 2 kg.Tambah menyedihkan, dengan tubuh badan yang kurus dan kecil, beliau menjaja dari pintu ke pintu, tingkat ke tingkat di kawasan rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Putra Damai, Kelana Jaya untuk menjual sayur-sayuran yang telah dikutipnya.Siapalah yang ingin membeli sayur-sayuran yang pada keadaan fizikalnya telah layu dan hampir berbau? Walaupun Halimah cuma menjual dengan harga 30 sen bagi satu ikat sayur, jarang hasil jualannya dibeli oleh jiran.

Jika ada pun hanya mereka yang bersimpati dan kasihankan dirinya.Sewaktu saya dan jurugambar tiba di kawasan dia menjaja, Halimah yang dikenali sebagai 'nenek jual sayur' di kalangan jirannya dilihat sedang berusaha memujuk salah seorang suri rumah membeli hasil jualannya.Puas dipujuk untuk ditemu bual, Halimah tidak berganjak. Jiran-jiran berkata, selagi jualannya tidak habis, dia tidak akan berhenti dan pulang ke rumah.Bagi memudahkan kerja dan atas rasa hati yang amat belas, saya menyerahkan ke tangannya wang RM10 dan membeli kesemua sayur yang berada di tangannya. Nenek Halimah tersenyum. Ada air jernih pada matanya.Sebelum sempat saya berkata-kata, nenek Halimah kalut menyeluk poket baju kedah yang dipakainya mencari wang untuk memulangkan baki.
Sayunya hati saya Tuhan sahaja yang tahu."Satu beg plastik ini cuma berharga tiga ringgit saja, bukannya sepuluh ringgit, mana boleh nenek ambil duit ni," ujarnya dalam loghat Perak, negeri kelahirannya.Dalam hati saya berkata, tinggi sungguh maruah nenek ini. Sudahlah hidupnya susah dan terpaksa pula mengerah keringat pada usia yang agak lanjut, nenek Halimah juga jujur dalam menjalankan perniagaan tanpa sedikit niat pun untuk mengambil kesempatan. Tambah mengejutkan saya, sebaik selesai saya berkata tidak payah pulangkan baki, nenek Halimah terus duduk mencangkung dan menadah tangan berdoa kerana rezeki yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Saya sebak melihat tindakan nenek Halimah kerana inilah pertama kali saya berdepan dengan situasi begini sejak menjadi wartawan. Hati saya dan jurugambar amat terharu.Salah seorang jiran memberitahu, Halimah akan berdoa memohon kesejahteraan mereka yang membeli jualannya."Syukur pada Allah, ada rezeki nenek hari ini, takdir Allah menemukan kita hari ini," katanya ceria sambil menjawab soalan saya.Nenek Halimah merupakan lambang wanita Islam yang tinggi jati dirinya. Dalam usia yang mencecah seabad, dia mengisi masa lapangnya dengan mengajar jiran mengaji.Menurut nenek Halimah, ketika usia muda, dia selalu mengikuti kelas belajar agama di sekitar Bagan Datoh dan Semanggol di Perak."Kadangkala ada yang menjemput nenek untuk mendengar ceramah di Masjid Negara, dari situ nenek peroleh ilmu dan turunkan pada jiran-jiran di sini," ujarnya tersenyum.
Halimah tinggal bersama anak tunggalnya, Mohd Nazir Muhamad, 42. Tambah memilukan, anak tunggal lelaki yang menjadi harapannya pula mengalami masalah mental sejak usia muda. Itulah sebabnya hanya nenek Halimah yang berusaha mencari rezeki untuk mereka dua beranak.Cuma sedikit bauan yang kurang menyenangkan datang dari ikan busuk yang dijemurnya bagi menghasilkan ikan kering mengganggu jiran yang tinggal setingkat dengan rumahnya."Lutut nenek ini selalu sakit, kadangkala nenek gagahkan juga menjual. Nenek makan ubat tahan sakit yang dibeli di klinik, tapi mungkin kesan sampingan ubat tersebut membuat telinga nenek kurang jelas pendengaran," ujarnya sayu.

Saya berasa sedih dan sayu hati melihat sendi tangannya mengerekot."Ini semua kesan nenek mengangkat plastik untuk jualan seharian," katanya sambil menunjukkan tangannya. Dia seperti tahu apa yang tersirat di hati saya.Menurut nenek Halimah, ada jiran yang memberikan sumbangan seperti beras dan barang-barang kering seperti sardin dan bihun untuk dia dan anaknya. Tapi kata jiran-jiran nenek Halimah yang bersyukur dengan rezeki yang diperolehnya akan bersedekah pula kepada orang lain yang lebih memerlukan darinya."Kami tinggal berdua, makan sedikit, kadangkala sumbangan berbentuk makanan berlebihan, jika tidak dimakan akan membazir pula jadi nenek akan sedekahkan pada kanak-kanak," tambahnya.

Mengenai masa depannya, nenek Halimah sendiri tidak begitu pasti akan masa depannya."Selagi ada rumah nenek akan tinggal, esok lusa nenek akan pejam mata, nenek akan nikmati kehidupan ini dengan cara nenek tanpa menyusahkan sesiapa, selagi hayat dikandung badan," katanya menutup perbualan.Sebelum meminta diri, nenek Halimah membekalkan kami dengan air Yasin yang diambilnya ketika menghadiri upacara pengebumian Allahyarham Tun Ghafar Baba baru-baru ini.Begitulah kisah hidup nenek Halimah. Kisah ini patut menjadi inspirasi kepada generasi muda dan contoh kepada warga emas yang masih punya tenaga tetapi bergantung harap kepada ihsan orang tanpa mahu berusaha.

Sama ada benar atau tidak kisah yang nenek Halimah ceritakan, biarlah itu menjadi kenangan dalam hidupnya. Yang penting, nenek Halimah tidak menyusahkan sesiapa. Dia masih menggunakan kudratnya untuk mencari rezeki halal untuk sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup.Mereka yang ingin melawat nenek Halimah boleh berkunjung ke rumahnya di 1205, Blok E, Flat Taman Putra Damai, Kelana Jaya, Selangor atau hubungi jiran nenek Halimah di talian ..........................
Categories 0 comments

Kenakalan Kucing2 Kesayangan FamiliKu.

Assalamualaikum ...Dear diary..Hurmm hari nie nur cuma nak kongsikan kisah 2 kucing nur kat rumah nie..Pagi tadi asyik betul nur bermain dengan kucing 2 kat rumah nur..Semuanya nakal 2 belaka..Baik yang kecik sampailah yang tua..hehehe..Oppsss..picture 2 yang nur letak hari nie..nur copy dari google jerk..Tak der kene mengena pun dengan kucing nur..Sebenarnya nur teringin jugak letakkan picture kucing 2 nur kat sini..Tapi....nur takutlah..hehehe.Orang cakap kalau ambil gambar kucing..tak lama kemudian mesti kucing tu akan mati..Tu lah nur takut..hehehe..tapi nur tahu ajal dan maut hanya ditangan Allah bukan kamera.hehe
Okay kat rumah nur sekarang ada 6 ekor kucing..2 ekor kucing parsi 4 ekor kucing kampung.Dulu kucing nur ada 7 tapi sekarang dah ada 6 jer.Sebabnya abang nur dah buang kucing nur yang lagi seekor..tu..Sedih betull...Famili nur memang suka kucing..Dan memang kami membesar bersama 2 kucing..dari kecik hinggalah dewasa..kucing tak pernah lupus dari rumah kami..Papa dan mama pun sukakan kucing..Cuma mama dan adik nur yang lelaki (yie)tu jer geli kat kucing sikit..Yang lain semua okay..hehehe

Kalau nak diceritakan pasal kucing yang pernah kami bela....hurmm memang banyak sangat 2 tak terkira..So nur cuma bercakap hari nie..tentang kucing yang ada sekarang..dan kucing yang paling nur sayang...Nur buka cerita lama sikit boleh??hehe..K..nur cerita yer...Pada masa dahulu...nur sayang sangat kat seekor kucing nie..namanya Singa(bulu lebat dan warna oren).Nur banyak luahkan masalah kat singa..suka cakap dengan singa sorang 2 ..dan nur membesar pun dengan singa,bila balik sekolah singa akan tunggu depan pintu pagar..pergi sekolah singa akan hantar kat pintu pagar..tapi tak lama kemudian singa mati..(sakit)..Mula pada tu lah nur jadi trauma nak bela kucing..tau..Kawan pada singa adalah Pipi..Pipi(bulu lebat dan warna kelabu)tapi nur tak suka kat Pipi sebab Pipi tak manja macam Singa..

Tapi papa suka sangat kat kucing..Yang mana kucing yang datang kat rumah..dia akan jaga dan sayang..Bila nur tengok papa semangat bela kucing ..nur pun jadi tak trauma lagi..dan sampailah sekarang nur bela kucing hehehe..Abang dan adik nur pun suka bela kucing..6t kalau nur dah kahwin pun..nur nak bela kucing jugak..Nur suka kucing Parsi..tapi kucing Parsi nie mahallah...Kesian nur tak der duit nak beli kucing mahal hehehe.Tapi tahun 2008 baru 2 nie abang ada ambil kucing dengan kawan dia..Kawan dia yang bagi..(kucing Parsi tau...hehehe)
K.lah kita masuk ke zaman moden pulak yer..(cerita lama dah tamat).K kucing kat rumah sekarang dah ada 6..Namanya...Babun,Hitam,Carpet,Batman,Hitam Kecik,dan Kurik..hehe(lucu kan namanya)

Babun;
Babun nie adalah kucing Parsi,berbulu lebat dan berwarna kelabu asap....Abang dapatkannya melalui kawan..Babun nie nakal sangat 2 masa kecik..Hehehe..dulu masa kecil babun suka duduk di pangkuan nur dan aktif sangat..Sekarang babun dah besar..dah boleh jadi ayah...dah..Tapi still nakal..suka keluar rumah dan susah nak balik rumah..Sebab tu babun sentiasa dikurung..kesian kan??Tapi setiap hari nur akan lepaskan dan ajak bermain dengan nur..Hehehe..Babun paling suka main tali dan lidi..Biasanya babun akan mengioww kalau nak keluar dari sarang..Dan yang paling penting babun nie manja sangat 2..Babun takut pada orang yang dia tak kenal..Kalau ada tetamu kat rumah nur..mesti babun lari dari tetamu..tu..Dan bila dicari..rupa-rupanya dah ada dalam sarangnya..hehe..Tapi kalau dengan famili nur..babun ok jer...

Hitam;
Hitam nie pun famili nur bela dari kecik..Hitam pun sama..kawan abang nur yang bagi..Katanya nak berpindah jauh..so tak nak bawa anak kucing sebab takut mati..(kepanasan kat atas lori)..So abang pun ambillah wat balik kat rumah..Tapi hitam nie bukan adik beradik babun tau..Hitam nie..sampai kat rumah nur dulu sebelum babun..Hitam ni pun jenis manja..masa kecik2 hitam suka naik atas riba papa..Kalau papa bawak ke klinik haiwan untuk bagi imunisasi..hitam ok jer..tak banyak karenah dan yan paling penting hitam tak takut DR..hehehe..Sekarang hitam dah semakin gemuk tau..Sebabnya hitam dah ada beby kat dalam perut..(mamanya hitam dan papanya babun)..Tak sabar nur nak tngok beby hitam..hehehe.Bertambah lagilah kucing kat rumah nur 6t..hehe....

Carpet;

Carpet nie kucing paling lama tinggal dengan famili nur setakat nie...Sebenarnya Carpet nie ada adik beradik..namanya putih...Tapi putih tu...abang nur dah buangkan dekat Pasar Payang..Macamanalah keadaan putih sekarang yer..(termenung ingatkan nasib putih...sambil mulut muncung 2 kat skrin komputer)hehehe..Carpet nie diberi nama macam nie disebabkan badannya yang berwarna coklat..hitam dan kelabu..ada putih sikit....Susah lah nak cerita..K bayangkan macam carpet rumah dah lah..yang warna seakan 2 harimau g2..hehehe..Carpet nie..antara kucing yang tak pernah kenal erti kenyang..asyik mengiowww ajer nak makan..Padahal dah makan...(eiii kadang 2 tension jugak tau)..carpet paling suka makan sotong..dan carpet nie ibu kepada 2 orang anak..hehehe..

Batman;

Kucing nie kucing paling baru tinggal kat rumah nur..Namanya Batman,belum baligh dan jantan.Badannya pun lebih kurang sama dengan namanya..Anyway..nur jumpa Batman nie..kat Jertih..Besut (akhir bulan dec 2009)Terengganu...Bila nur panggil jer..Batman terus jer datang kat tangan nur..(agaknya dia lapar kot..)So..waktu tu nur teramat -amat kesian..jadi nur pun ambil dan bawa masuk kedalam kereta..Time nie mama dan abang okay jer.N sampailah sekarang dia tinggal dengan kami.Batman nie tak banyak hal..Makanan pun tak cerewet dan tak memilih..kucing jalanan lah katakan...Dan Batman nie jarang keluar rumah..dan dia paling manja dengan adik nur syahida..Kalau lapar sekalipun Batman tak pernah minta..cuma dia ....CURI makanan babun dan hitam dalam sangkar..hehehehe

Hitam Kecik;
Hitam Kecik nie adalah anak kepada Carpet..Adik beradiknya kesemuanya ada 5 (Hitam Kecik,Kurik,Stokin,Janggut dan Oren)tapi sekarang dah tinggal 2 ekor jer..Kerana semua adik beradiknya yang lagi 3 ekor (Stokin,Janggut dan Oren) mati akibat virus H1N1 kot..Hitam Kecik nie manja dengan nur gak..Selalu kalau tidur pun dengan nur..Dan nur pun suka main dengan hitam kecik sebabnya kecik..Kalau digigit pun tak akan sakit punyer...hehehe..Tapi sekarang hitam kecik nie suka ikut ibunya keluar rumah..Nur takut sebenarnya..takut dimakan dek bapak..hurmm..Dan yang paling penting hitam kecik nie masih menyusu dengan C-ibu dan suka bermain(kacau) dengan Batman..Ops lupa hitam kecik nie jantan tau..

Kurik;

K nie last kucing yang nur nak cerita..Namanya Kurik ..Mama nur yang bagi nama..Warnanya lebih kurang sama dengan ibunya..Carpet..(kira kurik nie adik-beradiknya hitam kecik laaa)..Tapi kurik nie tak suka bermanja walaupun betina..Tapi suka makan..hehehe..Dan yang paling C-Kurik nie suka buat ialah memanjat pohon 2 kayu atau pokok2 kat sekitar kawasan rumah..(sungguh tak elok kan..? ada ke anak dara panjat pokok...hehehe)kurik nie pun tak banyak menyusahkan..Tapi Batman tu suka sangat usyar C-kurik yang tak berapa nak cantik nie..Alahai..Batman....

2 lah antara cerita kenakalan kucing 2 yang nur bela sekarang..Tak lama lagi akan lahir pula anak 2 kucing yang baru dalam keluarga kami..(kene buat kenduri doa selamat nie..)Tapi kenangan nie pasti tak dapat nur lupakan..Jangka hayat kucing tak lama..jadi bila nur ceritakan kat sini..dapatlah nur imbas kembali nanti..Jadi kenangan bersama 2 kucing yang ceria nie akan tetap bersemi dihati nur..Nur suka sangat 2 kat kucing..Kalau ada orang nak bagi kucing free nur terima tau..Tapi nur nak kucing Parsi..hehehe.Kalau kucing kampung ....dah banyak sangat kat rumah nur nie..hehehe


HR atTabarani,
bahawa Nabi saw pernah memberi minum kucing dan berwudhu' dari sisa lebihan minum kucingSumber: Syaikh Muhammad Jamil Zainu, Qutufun minas Syamail
Hadis menyeksa kucing.
Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, "Seorang perempuan disiksa karena kucing yang dikurungnya hingga mati maka ia dimasukkan ke dalam neraka disebabkan ia tidak memberi makan dan minum ketika mengurungnya dan tidak pula melepaskannya agar memakan binatang-binatang melata di bumi." (Bukhari - Muslim)
Abu Hurairah mendapat nama 'Bapa Kucing'.
‘Abdurrahman bin Shakhr Al-Azdi, yang lebih dikenal dengan panggilan Abu Hurairah, adalah seorang Sahabat Nabi yang terkenal dan merupakan periwayat hadits yang paling banyak disebutkan dalam isnad-nya oleh kaum Ahlus Sunnah wal Jama’ah.Abu Hurairah berasal dari kabilah Bani Daus dari Yaman. Beliau diperkirakan lahir 21 tahun sebelum hijrah, dan sejak kecil sudah menjadi yatim. Nama aslinya pada masa jahiliyah adalah Abdusy-Syams (hamba matahari) dan ia dipanggil sebagai Abu Hurairah (ayah/pemilik kucing) karena suka merawat dan memelihara kucing. Ketika mudanya ia bekerja pada Basrah binti Ghazawan, yang kemudian setelah masuk Islam dinikahinya.

K sekian dulu ya..
Cuaca Hati Ini;Cerah Bersinar


Categories 0 comments

Tuesday, March 30, 2010

Jalan-Jalan Malam Hari Bersama Famili


Assalamualaikum??Hurm malam nie nur boring sebenarnya..Boring sangat 2..Sebabnya..adik nur tak ada..dia pergi lawatan 3 hari 2 malam anjuran PIBG dan sekolah..Hurm so..memang boring dan bosan sangat nie..Biasanya kalau ada dia bolehlah jugak nur menyakat dia kan..Biler dia tak ada nie..dah kurang lah satu aktiviti nur...malam nie..K lah untuk menghilangkan keboringan nie..nur pun nak tepek lah picture 2 nur masa kecik dulu..untuk tatapan ..hehehe
Nielah muka nur masa kecik 2 dulu..Yang baju hijau seluar hitam tu pulak abang nur..Mama bilang..nur time nie nakal sangat 2..Tapi nur bijak..tau..nur tak suka beli permainan yang bukan 2..Suka tengok jer..bila mama nak beli..nur tak nak..Bagus jugak nur nie kan..Picture nie diambil masa nur pergi jalan waktu malam dengan mama dan papa..Masa tu adik nur ..yie tak ada lagi...Bahagianya..

Haaa.Mama cakap masa nie ada ekspo dan pameran..Tempatnya pula di Pantai Batu Buruk..
Nur masa kecik tak sensitif pun dengan angin malam..hehehe..
Tapi abang nur tu sensitif betul mama cakap..Kalau lama 2 duk kat pantai nie..mesti balik demam..Kesian abang nur kan??hehe.Mujurlah nur tak der masalah..Kalau tak mesti kesian kat mama dan papa kene jaga 2 orang sekaligus..(kuat jugak antibodi saya)

Picture nie papa yang snap..Mama tinggalkan nur dengan bakul tu..Sajer-jer mama cakap..nak tengok sama ada nur menangis/cari mama ke tak...Tapi nur nie jenis tak peka..kot masa kecik 2.Tak jumpa mama pun tak kisah..tak takut pun..apalagi nak menangis..Mama cakap nur tak cari mama ,tak menangis..dan yang paling penting siap ketawa lagi tengok orang lalu lalang..(siap libas lagi orang 2 tu dengan bakul..yang dia bawak) hehehe..lucu betul

Nie pun picture berjalan diwaktu malam ..Cuma tempatnya berbeza..Nur tak pasti pulak tempat nie kat mana..Mama pun ingat 2 lupa..Maybe dekat stadium atau dekat Istana Maziah..Papa cakap mulanya nur takut tengok ayam tu bergerak..Tapi bila dah lama tengok nur jadi berani dan terus ke depan dan kedepan...Sampai lah betul 2 dekat dengan penjual nie..Hehehe disebabkan minat yang mendalam pada ayam mainan nie..Papa pun belilah ayam nie..untuk nur main..(bukan seekor tau..papa beli 2 ekor terus...hehehe)Tapi malangnya tak boleh disembelih hehehe

Bola yang duduk kat kaki nur tu pun papa belikan jugak..Papa cakap nur tak duduk diam sangat..Kalau boleh semua permainan papa nak beli asalkan nur tak nakal dan duduk diam..Hehehe..Sebab tu papa..suruh abang nur jagakan nur betul 2..Kira abang nur tu jadi bodyguard tak berbayarlah ..(padan muka..hehehe)..Tapi abang nur nie memang suka melayan pun..Dan yang paling penting dia sayangkan nur..sangat 2 waktu nie..hehe

Tengoklah abang nur nie..Bagus betul kan??Mama cakap abang pimpin tangan nur dari mula sampai ..hinggalah dah nak balik..Sayang betul dia kat adik dia ni kan.?? kan?? kan??Nur tak ingat sangat waktu nie..Maklumlah masa nie nur kecik lagi..Kebanyakannya mama dan papa yang ceritakan..Nur ada jugak tanya abang ..tapi abang pun dah ingat 2 lupa..Tak silap nur abang masa nie tak sekolah lagi..(mama cakap lah...)
Tak berkedip mata nur tengok belon yang banyak tu..Papa belikan satu boleh??hehe..Mula 2 nur tengok picture nie..nur tak perasan tau mana satu abang nur..yang mana satu penjual belon..Cuba lihat picture?? Abang nur dengan penjual belon tu macam adik -beradik kan??Sama jer pakaiannya..hehehe..Mujurlah papa dan mama kenal anak diorang kalau tak..tak pasal 2 bawak balik penjual belon tu kat rumah...

Mama cakap nie picture last dah..Lepas ambil picture nie terus balik..Sebabnya abang nur waktu nie..dah bersin-bersin ..Sensitif betul kan..Tengok nur tu.. okay jer kan??Siap pakai baju tanpa lengan lagi..tapi antibodi kuat ooo..hehe..K lah setakat nie dulu malam nie yer..Nak pergi jalan 2 dalam mimpi plak..Indahnya kenangan nie semua kan..Moga-moga ia kekal indah selama-lamanya...
Cuaca Hati Ini;Mentari Menyinari Lagi










Categories 1 comments

Bingkisan Tintaku Sempena Besday Mama

Salam kelmarin 29 mac 2010..adalah tarikh keramat buat mama..Ini sebabnya pada tarikh tersebut lah mama dilahirkan...(29 Mac 1966)..Hepi Besday Mama...Walaupun umur Mama dah 44 tahun..mama tetap muda pada nur..sayang mama tau...K hari nie nur just post 1 bingkisan sempena besday mama..(bukan untuk mama baca tapi untuk nur baca..supaya nur tak lupa pengorbanan mama kat nur...k layan...)
Apakah persediaan anda untuk menyambut Hari Ibu/Besday ibu kali ini? Sudah dibelikan hadiah istimewa untuk ibu tersayang atau cukup sekadar dakapan kasih dan ucapan penghargaan?Nur pasti kebanyakan ibu tak mengharapkan hadiah istimewa dan berharga daripada anak-anak, memadai ucapan dan kata-kata sayang, itu sudah menjadi penawar kepada sebuah kerinduan yang ditanggung oleh ibu.Apa pun sambutan yang bakal anda raikan, satu perkara yang perlu kita ingat, sebesar mana sekalipun nilai hadiah yang anda berikan tidak akan sama dengan kasih sayang dan perhatian yang seorang ibu harapkan daripada anak-anaknya.Di sebalik meraikan kedatangan Hari Ibu/Besday Ibu dngan majlis dan pesta makan-makan, apa kata kita renung sejenak, sudahkah kita sebagai anak benar-benar telah menjalankan tanggungjawab terhadap ibu dengan sebaik-baiknya?
Cukupkah perhatian, kasih sayang dan bantuan yang kita hulurkan untuk ibu agar dia dapat meneruskan kehidupannya sehingga ke hujung nyawa. Bagi yang tidak punya ibu lagi, sudahkah cukup bersedekah dan berdoa untuk kebahagiaan arwah ibu di alam baqa?Nur tidak ada jawapan pasti yang boleh diberikan kerana sebagai anak nur yakin kebanyakan daripada kita tidak pernah terfikir untuk mengukur atau mahu mencatatnya sepertimana kita mengisi diari harian untuk memenuhi tanggungjawab yang sarat di pejabat, aktiviti dan lain-lain perkara sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa.
Pernahkah kita bayangkan bagaimana setianya ibu menunggu kepulangan anak-anak yang tidak kunjung tiba kecuali musim cuti sekolah atau ada kematian dan kenduri-kendara. Juga berapa kerap kita bertanya keperluan ibu walaupun dia tidak pernah bersuara dan tidak pernah meminta-minta.Malah kita langsung tidak pernah cuba mengorek rahsia hati ibu sendiri - tentang perasaannya menangani kerenah anak- anak yang pelbagai, hati seorang ibu yang sering tersenyum di sebalik derita dan hati yang terguris luka.

Seorang ibu yang menangis di kala gembira dan meratap di kala duka kerana anak-anak. Satu perkara yang nyata, apabila balik kampung untuk bertemu ibu, perkara pertama yang kebanyakan dilakukan oleh anak-anak meminta ibu memasak yang sedap-sedap.Kononnya hendak bermanja tetapi kita lupa sebenarnya kita menyusahkan ibu. Dalam keletihan ibu bangun dan berusaha melakukan yang terbaik untuk menggembirakan anak-anak. Malah ada juga yang meletakkan anak-anak di bawah jagaan ibu.

Tidak pernah dia merungut, tidak pernah dia berkata tidak mahu. Juga tidak pernah dia membebel atau berpaling muka. Bukan untuk anaknya saja, tetapi juga untuk menantu dan cucu-cucu bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga. Wajarkah tindakan kita itu walaupun pada hakikatnya ibu yang beria-ia hendak melakukannya .Berlainan pula ceritanya dengan kisah ibu yang sekadar mengharapkan anak-anak tetapi realitinya harapan hanya tinggal harapan kerana anak yang dinanti tidak muncul-muncul.

Sebabnya? Kerana anak-anak tidak menilai kasih sayang dan pengorbanan yang telah ibu mereka lakukan sejak mereka lahir, diasuh menjadi dewasa, berjaya dalam pendidikan, berjawatan tinggi tetapi pendek akal untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu.Lebih menusuk jiwa apabila ada di antara mereka lupa siapa yang mengandung dan mendidik mereka. Seorang wanita tua yang telah kering air mata menangisi mereka.
Ibu yg bercekang mata menjaga mereka ketika tidur diganggu nyamuk yang mengganas.Tapi adakah kita insaf pada pengorbanan itu? Adakah kita menganggap sebagai sejarah yang tidak perlu diingat lagi. Aduhai, sedihnya hati ibu jika demikianlah anggapan anak-anak.Berdosa kita jika tidak menyelami hati seorang ibu, mereka yang dikurniakan fitrah sebagai insan istimewa yang punya nilai keibuan yang cukup tinggi, sarat dengan kasih sayang, penyayang dan prihatin.

Lalu teringat pada kisah zaman anak-anak di mana kebanyakan kita selalu ingkar kepada arahan ibu. Suruh itu ini kita tak mahu buat, kita membebel, marah-marah, bentak-bentak dan selalu hilang dari rumah. Kita rela bermain sehari suntuk daripada menolong ibu di rumah.Meningkat remaja kita mula melawan cakap ibu. Sudah pandai berkawan lain pula perangainya. Bila ada pendidikan tinggi, lupa pula sejarah hidup dan kepayahan ibu bapa mendidik dan membesarkan kita.

Dapat isteri atau suami, kasih terbahagi dua tapi kita tidak tahu menimbangnya dan menjaga hati ibu.Cakap ibu tidak lagi dijadikan azimat tetapi sering dijadikan topik untuk bertikam lidah. Sampai ke tahap kita buat semua perkara tanpa pengetahuan ibu. Perkara yang kita suka tetapi tidak boleh diterima oleh ibu kita dahulukan.Ada yang berfikiran waras, nasihat dan teguran diambil kira, sayang sekali bagi mereka yang hanya menurut kata hati, teguran ibu bagaikan belati menyusuk hati, hingga hilang jati diri.
Akibatnya bertindak ikut nafsu sehingga ibu makan hati. Namun anak tidak pernah merasainya, bagi mereka bahagia jika dapat apa yang dihajati. Kita lupa perbuatan kita melukai hati ibu. Namun dia tetap tersenyum. Itulah ibu! Tak pernah nak ambil hati dengan perangai anak-anak.Seperti bapa, ibu juga adalah manusia yang punya hati dan perasaan ciptaan Allah SWT. Allah menuntut di dalam al-Quran supaya ibu dan bapa adalah orang yang paling perlu dikasihi dan dihormati setiap masa.

Kemewahan dan harta benda kini menjadi asas nilai kasih sayang sesama manusia termasuk kepada ibu bapa. Janganlah kerana pentingkan diri sendiri kita sanggup membunuh perasaan dan cinta kasih sayang kepada ibu. Allah menzahirkan perasaan sayangnya-Nya kepada manusia melalui ibu yang mengandung, melahir dan mendidik kita . Sudah cukup derita yang mereka tanggung sebelum kita lahir ke dunia.

Sifat kasih dan penyayang ibu ini bukan ciptaan dan lakonan tetapi realiti fitrah yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada si ibu.Itulah sebabnya menderhaka kepada ibu bapa adalah salah satu dosa besar yang tidak boleh diampun kecuali oleh mereka sahaja dan balasannya akan diterima bukan sahaja di akhirat, malah di dunia.Sehubungan itu, seperti yang saya katakan di awal catatan ini, sesekali elok kita cermin diri, kita renung dan berfikir, apakah cukup sudah pengorbanan dan jasa ibu yang kita balas?

Jawapannya tentu belum cukup. Sampai bila-bila pun tidak akan cukup. Tetapi masih ada ruang untuk kita menambah baik apa yang tertinggal, menebus kesilapan dan kekurangan. Masih belum terlambat sebelum ibu menutup mata.Jika anda masih belum sedar dan leka dengan alam fantasi, jangan salahkan keadaan jika terjadi sesuatu yang bakal menjadikan kita sebagai anak yang akan menyesal seumur hidup.Ketika itu, menangis dengan air mata darah sekalipun tidak akan berguna lagi.
Ingatlah, doa seorang ibu paling mustajab, begitu juga sebaliknya. Jika pun mereka ada tersilap, jangan simpan di hati. Emas yang setinggi gunung sekalipun tidak akan menjamin kebahagiaan di dunia, apatah lagi di akhirat jika melukai hati ibu. Sekalipun kita sedekahkan kesemua harta yang ada, ia tidak dapat menebus dosa kita terhadap ibu.Dengan rasa rendah diri dan insaf, marilah kita cermin diri. Jangan hanya beria-ia untuk bersuka-suka dan menggembirakan hati ibu dengan acara glamor semata-mata tetapi fikirkanlah jariah yang boleh membawa kebahagiaan buat kita sehingga ke akhir hayat.

Doa nur buat semua ibu-ibu semoga anda semua sihat dan diberi kekuatan untuk terus menjadi pelindung kepada kesinambungan sebuah kehidupan buat buat zuriatmu.Terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa. Kepada mereka yang telah tersilap langkah meninggalkan rumah dan pernah melukai hati ibu atau apa-apa sahaja, pulanglah! Dan katakan maafkan saya ibu!

Istimewa buat wanita istimewa dalam hidup nur yang bernama Rosidah Ismail, terima kasih kerana sentiasa ada untuk berkongsi cerita. Sebagai anak, nur tahu kekosongan dan kerinduan mama kepada Kakak. Sebenarnya kita semua sama-sama rindu mama! Menutup kata, pesanan tulus nur, wanita, isteri dan ibu ibarat matahari yang tidak pernah hilang, sentiasa bercahaya, panas dan membakar.Salam mahabbah.


Cuaca Hati Ini;Hujan Lebat
Categories 0 comments

Sunday, March 28, 2010

Kebaikan Yang Tersembunyi Buat Kita

Sebenarnya hati yg gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai mala petaka yg memusnahkan harapan. sakit pula dianggap sesuatu yg amat menyusahkan.Renungkan...tulisan ini...mengenai Kebaikan yang tersembunyi....
Kadang-kadang sesuatu kebaikan itu bersifat tersembunyi hingga tidak ramai yg perasan. Contoh mudahnya, apabila turun hujan ramai org yg memberi respons tidak menyenangkan. "Hujan..kacaulah!!" mungkin ini rungutan anak muda yang baru hendak menyarungkan kasut bola. Suri rumah yg baru menyidai kain mungkin berkata.."Hujan lagi!! Bila lah aku nak kering.."Disebabkan ada org yg terganggu dgn hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan?Bukankah hujan itu juga yg menyuburkan tanaman dan sayur yg kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kpd cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai org mendapat sumber rezeki.

Tapi kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?Pada umum, ramai beranggapan kebaikan itu hanya ada pada kesenangan dan keselesaan, tidak ada kepayahan. Kebaikan juga hanya dirasa ada pada kejayaan. Juga hanya ada pada keselamatan, kecukupan dan kata2 pujian..Memang semua itu boleh membawa kebaikan dalam hidup di dunia. Tetapi tidak semestinya kesenangan itu kebaikan dan kesusahan itu keburukan. Tidak semestinya kekayaan itu kebaikan dn kemiskinan itu keburukan atau keselesaan itu kebaikan dan kepayahan itu keburukan. Tidak semestinya juga mendapat kejayaan itu satu kebaikan manakala gagal dalam satu2 perkara itu satu keburukan.

Sebenarnya hati yg gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai mala petaka yg memusnahkan harapan. sakit pula dianggap sesuatu yg amat menyusahkan.Jarang kita mahu melihat kebaikan yg mungkin juga ada pada kesengsaraan, kemiskinan, dan keperitan hidup. Kita juga tidak nampak kemungkinan pada kepayahan, kedhaifan, kedudukan yg rendah, kata-kata kejian dan dalam musibah. Lebih2 lagi utk memikirkan bahawa kebaikan mungkin ada pada kegagalan walaupun hakikatnya semua orang mahu berjaya dan tidak mahu gagal.


Malah apa saja yang kita tak suka itu kita anggap sebagai keburukan. apa yg kita suka pula kita anggap sebagai kebaikan.Misalnya, dapat isteri yang baik tapi tidak cantik dianggap satu kekurangan, bukan satu kebaikan. isteri pula bila bersuamikan lelaki yg baik dan bertanggungjawab tapi miskin dan kolot, tidak mahu mengangap itu satu keuntungan dan kebaikan yg besar. Ini menjadikan seseorang itu tidak tahu bersyukur walaupun allah telah berjaya memberinya kebaikan dalam hidup di dunia.

Allah berfirman yg bermaksud..."Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bg kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."Al-baqarah:216
Renung-renungkanlah

Categories 0 comments
 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat