Selamat Hari Lahir !!! itulah ucapan pertama yang ingin kak nur ungkapkan buat syakila untuk hari ini..(16/02/2010) ..usia kila semakin meningkat..moga diri kila bahagia dan dilindungi olehNYA..
Happy Birthday...umur kila sekarang dah bertambah lagi, Hmm so maknanya? Kila patut lebih matang, berusia, dewasa dari segi pemikiran, perwatakan, keputusan, tindakan dan lain-lain.Apa-apa pun Kak Nur doakan kila sentiasa bahagia, gembira, murah rezeki, berjaya dan taat pada Allah.Semoga, kila akan jadi anak yang solehah dan berbakti pada orang tua yer...InsyaAllah .

Bulan dan bintang itu terselindung dibalik awan..sesekali awan memberi laluan untuk diri ini melihat bulan dan bintang..ya..Kak Nur sungguh teruja melihatnya ia menyinari cahaya..dan bila menutup mata..ada sapaan angin di pipi bagaikan terus membisikkan sebuah rindu yang terpendam..moga angin malam bisa menyampaikan rindu itu buat dirimu...dik.Adakah kamu merasainya? Tidakkah rindu itu hinggap kepada kamu?






Nah, bertahun-tahun Kila bertatih, berlarian dan jatuh tersungkur di atas dunia ini, adakah separuh daripada impian Kila telah berjaya di gapai?
Kila..jika jawapannya tidak,ingatlah bahawa Kila lah hamba/ pengemis di dunia, pembelimu Ya Rabbi di atas sana. Abadikan ketaatan dan usahakan yang terbaik, walau pun Tuhan seringkali menolaknya. Tapi, jangan pula Kila salah sangka terhadap Tuhan, kerana Dia akan menjadi seperti apa yang Kila sangkakan!
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Arif apa-apa yang terbaik buat dirimu Dik..!
Soalan kedua Kak Nur ialah adakah setelah bertahun-tahun Kila lahir antara cinta bonda dan ayahanda , telah Kila fahami erti kasih cinta kepada Rabb, Muhammad S.A.W, addin yang Kila anuti secara warisan, bonda, bonda, bonda dan ayahandamu, serta makhluk Tuhan yang melata dan bertebaran di atas muka bumi?
Sesungguhnya cinta kasih yang bersemi itulah, bakal diukur olehYa Rabbi, kerana cinta kasih itu benih yang membuahkan buah paling ranum dan manis; hablu min Allah & hablu minnas yang cantik.
Ingin Kak Nur ingatkan dirimu bahawa barangkali yang perlu kau telusuri kembali ialah erti kesabaran dan hakikat keikhlasan-bahawa yang terjadi itu, semuanya daripada Ya Rabbi, asal daripada Rabb dan pulangnya pun kepada Rabb. Ingatlah bekalanmu masih kurang. Kak Nur khuatir Kila tergapai-gapai dan meraung tak dapat bertemu serta berhadapan dengan senyum Tuhan nanti.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Arif apa-apa yang terbaik buat dirimu Dik..!

Pesanan yang terakhir dari Kak nur pada warkah kali ini;
Ingin Kak Nur ingatkan dirimu bahawa barangkali yang perlu kau telusuri kembali ialah erti kesabaran dan hakikat keikhlasan-bahawa yang terjadi itu, semuanya daripada Ya Rabbi, asal daripada Rabb dan pulangnya pun kepada Rabb. Ingatlah bekalanmu masih kurang. Kak Nur khuatir Kila tergapai-gapai dan meraung tak dapat bertemu serta berhadapan dengan senyum Tuhan nanti.
Sempena 20 tahun usia kematanganmu, semoga Kila menjadi mujahidah solehah
Cuaca Hati Ini; Cerah menyinar
0 comments:
Post a Comment