Friday, February 12, 2010

Kesibukan Yang Terindah

Salam..sejak akhir-akhir ni, banyak betul kerja yang perlu dilakukan… ada kalanya rasa tersangat letih dan penat… namun kehidupan perlu juga diteruskan… (ayat simpati tu...)
Komitmen yang ada membuatkan nur jadi makin sibuk..(sibuk ker??) .Maklumlah masih mengejar dan mencari rezeki.Kalau tiada usaha tak dapatlah pula nur bekerja kan??
Aktiviti hari ini;

* Pagi- Start buat kuih, hantar kuih dan memasak.
*Tengahari- Mula memasak untuk hidangan tengahari.
*Petang-Buat kuih lagi daa sambil tengok tv(Hehehe 2 dah perkara wajib)
*Malam-Masa untuk rest N online untuk cari kerja-kerja kosong
Sibuk betul kan?? Dulu masa study tak pula rasa sesibuk cam nie.. Rindulah nak sambung study.Bila dah berada di rumah baru faham akan bezanya. Rasa makin takut pula nak menempuh liku-liku kehidupan yang mendewasakan ini..Makin banyak cabaran ,dugaan dan halangan kan??

Apepun kena terima semua ketentuanNya.DIA dah mengatur apa yang terbaik untuk perjalanan hidup kita s0..(Terpaksalah saya pujukkan hati agar ikhlas bersulam redha..)

Berbincang dengan Fizah semalam tentang kehidupan yang tak terisi sampai tak punya masa untuk diri sendiri… hanya kata2 pengubat jiwa yang diluahkan membuatkan nur kembali berpijak di bumi yang nyata… semakin usia meningkat, semakin matang kita perlu menghadapi hidup dan semakin banyak tanggungjawab yang dipegang, semakin perlu bijaksana dalam mengurus masa dan memberikan hak kepada yang berhak.

Insya Allah akan nur cuba menempuhi segalanya dengan hati yang tenang.Teringin plak berkongsi kata-kata dari Saidina Ali;

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."

Semoga terus tabah, sabar, tegar dan tetap berjuang .


Cuaca Hati Ini; Awan yang tenang





Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat