Monday, February 15, 2010

Robotic DTK 6A

Assalamualaikum diari hatiku? Hari nie nur cuma tampal gambar -gambar sempena "Pertandingan Robotic semester last baru -baru nie"Waktu tu pelajar-pelajar kelas nur...dapat jadi ajk untuk pelajar-pelajar semester 4 dan 5 tak silap..Nur ambil bahagian pengadil..Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...Walaupun waktu tue penat sedikit..tapi segalanya berbaloi...kerana kerjasama yang seimbang...Tambahan pula pembahagian tugas yang dilakukan begitu teratur .
Pertandingan nie adalah satu pertandingan yang mencungkil daya kreatif dan kritis para pelajar PSP.Robot yang digunakan ialah dinamakan"Line Follower Robot".Masa nur semester 5..nur pun ada menyertai pertandingan nie..(pertandingan nie..wajib..kalau tak sertai tak da mark lah...).Partner nur masa tu pun namanya Nano...Suka kerja dengan dia...sebab dia jenis yang tak mudah gelabah dan berkeyakinan..Tq Nano..

Memang banyak kenangan bersama rakan -rakan DTK nie.Mereka semua baik dan sentiasa saje hepii...Walaupun kami datang dari pelbagai pelusuk negeri..tapi kami tidak pernah membezakan-bezakan antara satu sama lain..Syukur sangat-sangat..

Nie pula pict nur dengan kak mas dan k.kemy..Nur sayang kedua-dua kakak nie..Hehehe..Banyak nasihat yang diorang beri untuk nur..Nur tahu diorang lebih tua dan memang layak untuk dihormati...K.mas seorang yang pendiam..suka memendam perasaan..tapi yang pasti dia jenis yang sukar meyusahkan orang lain..(kerongsang k.mas masih ada dengan nur..tapi nur tak tahu nak pulangkan macamana..aiyarkkk).K.Kemy pula jenis yang banyak memberi nasihat..dia baik..baik..dan baik..(:


Semua yang pernah kita jalani.Hari demi hari, waktu demi waktu.Tak kala kita lalui semuanya bersama .Banyak hal yang pernah terjadi.Semua kita lalui dengan segala kekurangan yang kita miliki.Kadang benci, kesal dan kecewa.Juga senang, hormat dan sayang .Memang benar..nur bahagia dengan semua itu..Sungguh luar biasa apa yang telah kita lalui bersama kan?

Nie pula kat iman..Dia juga salah seorang kakak di dalam kelas nur..Dia baik...tapi kami tak rapat sangat...sebabnya perbezaan jarak kot..hehe(dia duk luar asrama..nur pulak duk kat asrama) Apa-apapun..dia jenis yang hepi go lucky..Ceria sentiasa jer...(tengoklah senyuman dia tu)...

ABC nie disponsor..sebenarnya...oleh En Aza..sebagai tanda TQ dia kat kami semua...Sebabnya dah sudi tolong dia laksanakan Pertandingan Robotic tu dengan jayanya...(TQ yer En Aza...Lain kali belanja lagi ye..sungguh tak malu saya nie...)Best jugak ABC nie tapi..nur makan tak habis pun...coz rasanya sedikit pelik...hehehe

pelajar yang kat tengah tu namanya Intan..Dia juga baik dan pintar...Kata orang, sahabat adalah seperti saudara kita sendiri. Kepada dialah tempat kita mengadu, tempat kita bergantung harap, tempat kita bermanja, malah tempat untuk kita mengadu domba di kala kita menghadapi masalah. Sedikit sebanyak, geruh yang mencipta penasaran di hati kita akan terubat setelah kita berdampingan dengan sahabat yang begitu memahami dan mengerti akan isi hati kita, akan perasaan kita. Ya… sedarlah wahai teman, mengertilah wahai rakan. Binalah kota harapan dan tugu impian bersama-sama dengan sahabat yang akan membawa kita ke jalan yang diredhai oleh-NYA.

Persahabatan itu ...? Bagi diri nur, persahabatan adalah sesuatu yang abstrak. Sukar diberikan makna dengan hanya melalui kata-kata. Fikirkanlah... Mungkin suatu hari nanti anda juga akan memerlukan seorang sahabat seperti insan-insan yang lain di mana bahagia bersama sahabat mereka...Sahabat adalah sahabat yang harus diletakkan jauh di sudut hati kita. Persahabatan memerlukan keikhlasan, kejujuran dan juga sejuta pengorbanan.

keikhlasan hatimu menghangatkan jiwa, kelembutan suaramu menyejukkan bara ,jenih airmatamu lambang ketulusan , menemaniku di kala kesepian .Teruslah menyinar mentari pagi teruslah menari hujan yang mendingin ,menghijau menyegar menyuburi bumi, saling menjalin hubungan infiniti .InsyaAllah..Terima Kasih Teman

Andai kata kita tak harus berpisah.Hari besok dan besok kita akan lalui dengan tawa canda.Alangkah murninya sahabat kita sebelum berpisah.Namun pada hari ini kita harus berpisah
Cuaca Hati Ini; Mendung

Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat