Thursday, March 25, 2010

Hadiah BroadBand Celcom/Modem CSL Dari Mama..

Assalamualaikum...Hurm post terakhir untuk malam nie...hehehe..Malam nie..nur cuma nak tunjukkan modem yang mama belikan untuk nur..Tq mama..Mama cakap hadiah konvokesyen dari mama ...Bestnyer..pakej yang nur dapat alhamdulillah pakej student...So hanya bayar RM 50 sebulan..Berbaloi..kan..Selama nie..nur hanya pinjam broadband abang nur..So sekarang dah ada broadaband sendiri..bestlah ckit...

Hurmm..pada mulanya nur berkenan modem broadband yang macam nie...Sebab warna putih bersih..Tapi adik nur yang syorkan beli modem CSL..Sebab murah dan kualitinya setanding..Selain tu modem broadband CSL nie..banyak pilihan warna yang cantik..dan universal ..Maksudnya boleh digunakan untuk pelabagai jenis..sim..hmmm tak kiralah sim maxis ke ...celcom ke...digi ke...n apa 2 ajerlah..

Nie lak modem broadband yang habib pakai..Agak-agaknya macam nie lah..Sebab haritu masa nur tanya habib..habib cakap dia ambil pakej maxis...Dan nur rasa..maxis punya broadband ada yang jenis nie jer..Tapi picture nie...bukan modem broadband my habib tau..nur cuma copy dari google...Hurmmm kira okeylah jugak..Dan tak silap nur..habib cakap pakej yang dia ambil hanya RM 48..(hehehe 6t nur try tanya habib semula k...)

Nielah hadiah broadband dari Mama..Cantik kan warnanya..hehe..(pink g2...saya kan puteri pink..hehehe..takderlah..saya minat hijau..)Apapun yang penting warna kesayangan nur tetap ada..Tengoklah lampu yang nyala tu..Warna hijau kan??Masa nie nur try test internet dapat online ke tak..Mana tau kan ada masalah dengan modem nie..Tapi alhamdulillah semuanya okay..Disebabkan nur nie duduk dekata kawasan bandar internet pun laju jer...Syukurlah kan??6t nur akan update banyak lagi cerita 2 dalam internet nie...InsyaAllah..

Tudung dia puna ada bunga 2 gitu..cantikkan..Tapi kalau bagi kat kaum adam nie..memang..tak nak punya..6t tak pasal 2 dipanggil C-jambu..hehehe..k..lah cukup lah yer pasal keseronokan broadband nie..K nak cerita untuk malam nie lak..Hmm malam nie ..nak tau nur buat apa??hehehe ..Nur sebenarnya tengah buat research untuk temuduga esok..Nur try test jawab soalan 2 temuduga...Berdebar hati nie tau..takut pun ada jugak...Hmm untuk pengetahuan semua..esok nur akan menghadiri temuduga pembantu tadbir terbuka di UMT..Sajer jer try test...manalah tau ada rezeki kan??(doakan nur tau)

Hehehe..picture yang tak der kena mengena dengan apa yang nak dibicarakan...Nur teringat pulak temuduga di tesdec bulan feb yang lalu..Hehehe..nur gagal lagi...Maybe tak der rezeki kot..Kali nie pun tak tahu camana..Resah dan gelisah hati nie..kepikiran macamanalah temuduga esok yer..Tak kisahlah..cuma fokus untuk buat yang terbaik .tawakal dan serahkan selebihnya pada Allah..Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya..kan??

K lah nur nak letakkan contoh 2 soalan temuduga yang nur dapat jawab sedikit..2..hehehe..Tapi depan penemuduga...rasanya tak dapat jawab macam nie..hehehe..Cuma untuk kenangan temuduga kali nie..so nur letakkan jawapan 2 dari nur sendiri untuk soalan2 yang mungkin akan meniti di bibir C penemuduga..(nur cakap MUNGKIN tau bukan betul 2)Dan jawapannya pulak bukan SKEMA jawapan yang tepat untuk dicontohi..Sajer -jer..nur try test jawab merapu meraban..hehehe..

Picture broadband lagi..hehehe..Jangan marah..K lah nur inilah antara soalan 2 temuduga yang nur jawab merapu-meraban..Tak elok untuk dicontohi tau...
Soalan Ramalan Temuduga Part 1;

Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
Perancanagan saya pada 5 tahun akan datang ialah untuk menjadi seorang wanita yang berwawasan dan dapat memberi sumbangan kepada negara,agama dan bangsa selain menjadi seorang yang berdaya saing menghadapi liku-liku kehidupan dunia yang serba mencabar.

Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?

Saya memilih kerjaya sebagai pembantu tadbir operasi ini adalah kerana minat saya yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat .Saya juga ingin memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada disamping menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pelajaran yang baru.

Cerita sedikit tentang diri anda.
Nama saya ...........................Dilahirkan di kuala terengganu.Anak k2 daripada 4 beradik.Sebelum ini saya belajar di ................... dalam bidang dip kej elektronik komputer.Dan alhamdulillah berkat kesungguhan,dan anugerah Allah swt saya memperolehi anugerah ketua jabatan di politekink seberang perai selama 6 sem berturut-trut.Saya juga seorang ............ persatuan pembimbing rakan siswa psp dan salah seorang ajk asrama.

Apakah yang dapat memotivasikan anda?

Perkara yang banayak memotivasikan diri saya ialah 'kehidupan'.kehidupan manusia disekeling saya..juga kehidupan yang saya alami banyak memotivasikan diri saya..Dimana saya dapat lihat kehidupan manusia yang berbagai onak dan duri..Cth ada yang berjaya..mewah dan kaya tapi tidak bahagia..ada yang miskin susah ..tapi kehidupan mereka ceria dan bahagia..Dan ada yang susah dan memerlukan bantuan dari yang lain..ada yang kaya tapi tidak pernah menyumbangkan apa2 untuk orang lain..Dan saya bersyukur dianugerah kelurga yang bahagia..Merekalah penyuntik motivasi dalam diri saya..

Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
Ya..kelayakan saya ada sekarang memang boleh mmbntu saya dalam kerjaya..Tapi tidak juga saya nafikan bahawa kelayakan sahaja adalah tidak memadai kerana pengalaman juga adalah perlu utuk membantu kerjaya yang saya pilih ini..Selain itu sekiranya saya terpilih menjadi salah seorang pegawai ini..saya amat memerlukan bantuan rakan kerja..untuk menambahkan lagi pengetahuan dalam diri..InsyaAllah saya juga bersedia untuk dikritik.
Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
Bagi saya...saya tidak gagal jika saya melakukan kesilapan..kerana dari kesilapan itu saya dapat mempelajari sesuatu yang baru..tapi tidak bermakna saya akan berulang kali melakukan kesilapan yang sama.Dan saya menilai kejayaan diri saya..apabila saya berjaya memberi sumbangan kepada orang lain..dengan usaha dan penat lelah saya sendiri.
sambung lagii...hehe..Soalan Ramalan Temuduga Part 2;
Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
InsyaAllah..akan saya laksanakan apa sahaja amanah yang diberikan selaras dengan tugas2 yang telah ditetapkan oleh pihak tuan..Saya juga akan sedaya upaya menjalankan kerja dengan teratur dan cekap.Semoga dengan kecekapan dan kerja saya yang teratur ini bisa memberi sumbangan kepada negara,bangsa dan agama.

Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
Perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang bawahan seharusnya seperti hubungan saudara.Saling menghormati dan bertegur sapa..Saling mengambil berat ant satu sama lain..hubungan seperti inilah yang perlu diperkukuhkan supaya pekerja bawahan merasa selesa dengan penyelianya..Selesa disini bukan bermaksud mereka mudah buat hal atau dengan kata lain naik kepala..tapi selsa dengan pergaulan dan tingkahlaku..Selesa yang sebegini biasanya akan menjadikan mereka menghormati orang atasan kerana sikap orang atasan yang mesra bukan kerana menghormati kerana takut atau garang.

Apakah kelemahan-kelemahan anda?

Secara jujurnya saya amat lemah dalam pertuturan bahsa inggeris..Meskipun saya faham apa yang dengar tapi untuk berbicara saya memerlukan masa yang agak lama untuk menyusan ayat..Saya juga jenis yang lambat pikat..Namunbegitu saya suka untuk belajar tentang sesuatu yang baru dan selalu mencuba untuk memahami apayang telah saya belajar walaupun hasil nya agak lmbat tapi saya pada kebiasaanya saya berjaya....insyaAllah.

Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
Ya..Gred-gred yang saya belajar mengambarkan kebolehan saya sebenar..Tapi bagi saya...untuk komunikasi dan pergaulan dengan masyarakat adalah sangat penting dalam bidang kerjaya..Sedangkan kami para pelajar di psp tidak pernah dinugerahkangred untuk kemahiran tersebut..jadi saya berpendapat bukan sahaja gred2 dalam pembelajaran yang menyokong kebolehan saya malah juga komunikasi dan pergaulan yang saya ada.

Mengapakah patut kami memilih anda?
Kerana saya seoarang yang tidak mudah berputus asa..saya juga jenis orang yang bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu hasil ..saya juga jenis yang suka akan cabaran dan jenis orang ynag suka belajar sesuatu yang baru

Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
Pengalaman yang berguna bagi saya ialah sewaktu bekerja di Aidea com..sebagai juruteknik pelatih..Dimana disitu saya menimba banyak pengalaman yang baru..Selain membaiki komputer,pencetak dan beberapa perkakasan yang lain..saya juga turut belajar cara berkomunikasi dengan pelanggan dengan betul..Alhamdulillah berkat saya bekerja disitu banyak ilmu yang berguna dapat saya perolehi.
Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
Komunikasi atau pergaulan.ke 2 halatuju dan matlamat pekerjaan yang jelas..k3 peningkatan atau kejayaan yangdicapai sepanjang pekerjaan.
Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
Bagi saya kedua-duanya adalah penting.Duit penting untuk menampung kehidupan di ats muka bumi..Pekerjaan juga penting kerana tanpa pekerjaan yang terjamin..sese orang tidak akan boleh menampung atau merancang halatuju dan matlamat hidup

Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
Kekuatan yang saya rasa ada dalam diri saya ialah sikap saya yang tidak mudah putus asa,sukakan cabaran dan kritikan.selain itu saya juga suka belajar sesuatu yang baru untuk lebih melengkapkan diri saya sebagai seorang wanita bekerjaya.Dan satu lagi kekuatan ialah apabila saya lebih suka memandang sesuatu perkara dari sudut yang positif.

Soalan Ramalan Temuduga Part 3;

Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?

Pengalaman yang paling berharga dalam diri saya ialah apabila saya diberi tanggungjawab memegang amanah sebagai ........... PRS..Saya mencapai kepuasan apabila saya berjaya membentuk satu persatuan yang utuh dan kukuh sebelum saya meninggalkan PSP.Walhal di PSP sebelum ini persatuan PRS ini adalah persatuan yang mempunyai bilangan ahli yang paling kurang..tapi swaktu saya memegang amanah ini saya berjaya menarik pelajar 2 lain untuk berada bersama2 dalamPRS.Namun apa yang saya dapat ini juga adalah kerjasama beberapa rakan saya.Pengalaman dan pencapaian yang ke 2 apabila saya diberi peluang untuk menjadi...................di Kem bakti remaja anjuran dun ladang baru baru ini.Alhamdulillah disitu saya telah melakasankan tugas saya dengan begitu baik..Dan saya merasa bersyukur dan berpuas hati kerana berpeluang memegang amanah dengan sebaiknya...

Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
Saya lebih suka bekerja dalam suasana atau mod yang ceria disamping keadaan persekitaran yang tenang.Apapun saya jenis senang mengawal keadaan dengan emosi..Cuma saya kurang selesa bekerja dalam keadaan yang tegang..contohnya stress yang melampau..Cara saya mengawalnya adalah saya cuba memberi ruang pada diri saya untuk menenangkan diri.

Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
Ketika berada dalam keadaan tertekan..saya lebih suka memberi ruang pada diri untuk bertenang..Pada kebiasaanya saya akan mencuri sedikit masa untuk melepaskan tekanan tersebut..antaranya dengan cara menulis blog..meluahkan pada seseorang dan mencari tempat yang tenang juga melihat suasana alam..Dengan ini saya menjadi tenang dan saya akan kembali menyambung pekerjaan saya seperti sediakala..InsyaAllah..

Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
Saya banyak mengalami kesulitan dalam membuat keputusan.. dimana saya jenis yang tidak suka membuat keputusan yang terburu-buru.Dan cara saya mengatasinya ialah merujuk pada orang yang lebih berpengalaman.selain itu saya juga pernah merujuk pada buku2 dan majalah2 akan masalah yang saya hadapi itu..

Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
Banyak yang saya pelajari antaranya ialah cara kita bekerjasama dengan seseorang..Cara kita memotivasikan diri dan saya juga menjadi seorang yang kuat dan tidak mudah patah semangat

Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
Saya hanya ingin memnjadi seorang yang memberi seberapa banyak sumbangan kepada negara


Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
Saya akan berusaha mencapai matlamat itu dengan memikul amanah yang diberikan dengan sedaya upaya..dan saya akan terus melakukan kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin supaya saya bisa mencapai matlamat itu.
Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
akademik dan pengalaman.selain itu orang yang berjaya juga memerlukan disiplin...sikap tnggungjawab..amanah serta sikap istiqamah yang berterusan'


Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
subjek yang saya paling ,minat ialah matematik dan kurang minat ialah kimia..kerana subjek matematikamat mencabar daya pemikiran saya..manakala kimia memrlukan kepada penghafalan formula2 yang begitu sukar..
Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
Tidak..kerana saya jenis yang suka berdikari dan sukakan cabaran..Dan saya membuat keputusan yang terbaik untuk diri saya..
k sekian untuk malam nie...letihnya...
Cuaca Hati Ini; Senja Dalam Hujan

Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat