Ahlan Wasahlan semua?? Malam nie nur hanya nak update sekitar walimah sepupu nur..Ani namanya..Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar..baru update coz kan bulan Feb baru nur wat blog nie..hehehe..Anyway Ani nie dah bernikah sekitar tahun 2009..Tak silap pertengahan bulan ..Dalam bulan 7 macam tulah..(ingat2 lupa saya nie)







Picture nie masa sarung cincin..Okaylah kan..nak nyanyi ckit boleh??
"Ikan di laut ..asam di darat..Dalam periuk bikin muafakat....lalalala"(sedap tak??saya nyanyi??)

Perkahwinan merupakan suatu jalan yang sah di sisi syarak bagi menghalalkan perhubungan di antara seorang lelaki dengan seorang wanita. Tetapi hikmah tasyri’ tidak terbatas setakat itu sahaja malahan ia menjangkau hingga kepada sesuatu yang tidak dapat difikirkan oleh manusia seperti mendapat ketengan jiwa dan kasih sayang.











Firman Allah SWT;
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [Al-Ruum: 21]
Apabila seorang manusia itu berintimak sepenuhnya dengan Islam, maka matlamat hidupnya adalah untuk menjadikan diri, masyarakat, ahli keluarga dan negara berteduh di bawah payungan Islam kerana permulaan bagi melahirkan masyarakat yang terdidik dengan Islam adalah dengan menjadikan sebuah keluarga itu sebagai keluarga Islam.
Nur harap Ani dan suami juga bisa membina sebuah keluarga islam yang bahagia...(amiin)
P/s:Habib jom kahwin..hahaha
Cuaca Hati Ini; Panas Terik
0 comments:
Post a Comment