Sunday, March 14, 2010

Teratak Anna Abadi Dalam Ingatan



Assalamualaikum??Hari nie...tiada apa yang nak diluahkan utuk diri sendiri..Cuma satu coretan yang bakal membuatkan cuaca hati berubah lagi..Tadi nur tercari-cari madah 2 cinta di google.com..Sedang asyik meneliti ayat 2 yang sesuai,nur terlihat akan satu nama yang pernah membangunkan diri nur suatu ketika dulu..Nama yang hadir tatkala diri nur jatuh dan tiada tempat lagi untuk nur bergantung...Dan nama yang memberikan nur inspirasi untuk membangunkan sebuah blog luahan hati seperti ini...Ia ialah...........

TERATAK ANNA ABADI (TAA)



Ia adalah sebuah forum yang cukup unik juga sangat popular dan mempuyai peminat tersendiri.Nur ialah salah seorang darinya.Nur mula mengikuti forum nie..sewaktu nur mula 2 masuk semester 1 di PSP..Bila melangkah ke forum ini.. terasa ada dunia lain menemani kita saban hari.Disini banyak yang dapat diluahkan melalui sajak dan suara hati kita..Dan kita tidak pernah keseorangan...Unik Kan TAA..Meluah..berbicara..dan mengenali dengan hanya melalui sajak2 sehingga jam 2 dan 3 pagi ..nur masih bersengkang mata disini..menatap skrin merah jambu dan berteman dengan muzik latar yang cukup menggetarkan relung 2 hati..


Namun semuanya berakhir kini..TAA tiada lagi untuk menemani hari 2 yang begitu mencabar..(Al -Fatihah buat Allahyarhamah Anna).Pemergian anna abadi masih lagi menjadi kesedihan. Menjadi harapan untuk setiap teratakian untuk berbual dengan anna abadi termasuk diri nur sendiri. Namun tidak pernah kesampaian. Harapnya moga anna abadi tenang disana. Al-Fatihah untuk Anna.

Pantun terakhir dan luahan hati terakhir dari Anna Abadi(Buat Kak Jie*Kujie..nur pohon maaf ambil pantun nie dll untuk diletakkan dalm blog kesayangan nie tanpa minta izin terlebih dahulu..) .Inilah kata-kata anna abadi pada tahun 2002, anna abadi nama mu akan tetap abadi di alam cyber, moga rohmu tenang di sisi Allah swt. Amin.
"ANA? adalah nama panggilan saya. Tapi nama pena saya pelbagai. Antara yang sering saya gunakan ialah Intan Ariani, Ariana, Airina dan Han Ariani. Saya memang suka nama-nama tu. Saya suka menulis sajak mengikut perasaan saya ketika itu. Selalunya sajak-sajak yang saya nukilkan berdasarkan peristiwa semasa atau saya tujukan khas pada seseorang seperti teman-teman.Sebahagian karya saya disumbangkan kepada majalah-majalah dan akhbar tempatan. Perak adalah negeri kelahiran saya..Saya dilahirkan dalam bulan April 1977 dan berbintang Taurus.Suka bersiar-siar dan membaca.Emm..tak tahu lagi apa nak tulis..Itu saja dari ANA..Ceria selalu ! Selamat Membaca.."
"Well, banyak orang request nak tengok gambar saya. Actually, dah ada kat ruangan About Me tapi they all cakap gambar tak keluar. Maybe ada technical problem,kot...So, I fix it lately..but tak tau laa kalau masih 'blank'...Agaknya sebab saya ni pemalu, gambar pun segan nak keluar..hheheeeee. Anyway..utk memenuhi permintaan, saya letak gambar-gambar ni pula. Kalau tak keluar juga..janganlah marah saya...Sebenarnya, saya malu sangat2 nak tunjuk muka coz' I'm not a public figure. Saya orang biasa je...Segan laaa....Okaylah...see ya!!! "


Nie adalah luahan hati seorang teman" Anna Abadi"..Anna abadi akan selalu abadi di hati..Terima kasih kerana pernah mengajar nur erti kehidupan sebenar..


Inilah catatan terakhir "Allahyarhamah Anna"

Kalam Loh Mahfuz mencatatDan sesudah mencatatLagi mencatat….Segala doa dan ikhtiar..Tidak dapat memadamkan catatan Ilahi..Biarpun hanya sekerat baris..Pun seberapa banyak air mata..Sepatah pun tidak akan terhakis..Catatan Tuhan Yang Maha Menyayangi…..

Mesej terakhir dari Lat kepada Kak Jie(kujie)..


Inilah mesej terakhir di TAA..yang nur lihat suatu ketika dulu..Nur sangkakan hanya mesej biasa sahaja..Tapi ia membawa maksud bahawa Teratak Anna Abadi akan ditutup selamanya selepas ini..Dan kini ..tahun ini...hari ini...dan tika ini..TAA sudah tiada lagi..hanya kenangan bersama TAA akan sentiasa tersemat di hati..abadi selamanya...


Hayatilah sajak dari salah seorang Peminat TAA..untuk Arwahyarhamah Anna Abadi;



Intan Ariani - I

Baru sejenak ku kenal diri mu
kunjungan yang tak disangka
diri ku terbawa ke alam maya
mencurah kata mencari teman

diri ku terpaut dengan sejarah mu
hati ku gembira dengan penampilan mu
kesunyian ku ditemani oleh menu mu
tetamu terhibur dengan persembahan mu

ada yang berduka dan gembira
kau biarkan meraka berhibur
sedang diri mu derita ditanggung
senyum wajah mu disebalik duka


buat Anna Abadi
-KamarHati- oj
Port of Spain
1240hrs




Intan Ariani - II

Walaupun kau di selatan, aku di barat,
Setiap pagi, bila kita bagun dari tidur,
Tapi kita lihat langit yang sama,

Walaupun kau puteri dan aku putera,
Jasad kau lemah dan jasah ku megah,
Tapi kita dari rumpun bangsa yang sama,

Walaupun disetiap lima waktu,
Kau bersujud ke barat dan aku ke timur,
Tapi kita sembah ia yang sama,

Walaupun seksa mu lama dan aku seketika,
Kau sungguh berusaha dan aku mencuba,
Tapi kita derita perkara yang sama.


buat Anna Abadi
-KamarHati- oj
11/10/04
Telah dihantar pada: Jumaat Apr 01, 2005 4:36 am



Oklah setakatini dahulu coretan kali ini..yer..Untuk pengetahuan semua Allahyarhamah telah kembali pada tanggal 26 Dec 2006 kerana penyakit serius yang beliau deritai selama ini..Kebanyakan sajak 2 beliau banyak memberi impak yang besar dalam diri nur..Anna Abadi bukanlah seorang yang mengejar populariti..tapi atas keikhlasan dan kesederhanaan beliaulahmembuatkan forum TAA digemari oleh sahabat 2 maya




Sekali lagi Al Fatihah buat beliau, semoga kita sedar sepertimana yang beliau inginkan, bahawa cinta sebenar hanyalah CINTA pada yang MAHA ESA.

Al Fatihah.


Cuaca Hati Ini; Hujan Rintik -Rintik



Categories

2 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

Tahun 2004 saya sangat suka membaca teratak Anna, sekarang tahun 2018 teringat kembali akan puisi puisinya, saya mencoba cari meluli google, ternyata Anna Sudah Tiada, Ya Allah Ampunilah Dosa dosanya.

@uthy vindye@ on November 21, 2018 at 9:39 AM said... [Reply to comment]

asalamualaikum..dulu sya sempat gabung teratak anna abadi di tahu 2004 dn sekrg sya cari2 tdk ad lgi ternyata dah berpulang ke rhmattullah yg punnnya,saya sempat kenal (fidputra7,datin jazz,zairu,dan banyak llagie,sya juga sempt kasih swtu dlam acara mereka dlu krna sya tdk bs dtng dlu kat singapore.saya pengen sekali kenal lgi sm mereka tapi tidak tau mereka kenal saya lagie tak.saya pun tidak tau bagaimana cara contact mereka lagi. klw kenal tolong salamkan saya ke mereka dariku (vindy)yg dulu kat singapore.semoga sj mereka ingat dan ini fb saya https://www.facebook.com/vindoll.artie

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat