Thursday, April 29, 2010

Kem Melawi Di Bachok Kelantan (Part 4)

Salam?Hehehe..Harini nur update plak picture last Kem Melawi baru-baru nie..
N lepas nie mungkin nur akan berhenti jap cerita pasal kengkawan kat PSP..Sebabnya
ramai yang tak puas hati...hehehe..coz asyik update picture kawan-kawan kat Poli jer..hehehe
(saya bukan apa sebenarnya tapi masih malas nk scan picture2 lama..yang masa sekolah...)
6t esok nur scan yer..kawan-kawanku..Lepastu nur update cerita masa sekolah plak yer..
(korang rindu kan...alaa.nur tau lah..hehehe)So hari nie entri terakhir buat masa nie untuk zaman PSP.Tapi banyak lagi tau picture 2 kat PSP nie..Mungkin akan disambung 2 or 3 bulan lagi kot..wakakaka

So untuk entri kali nie nak berbicara skema sikit boleh??Sebab sekarang tengah duk kat pantai dan angin sepoi-sepoi bahasa…So mood nak menguntai kata tu ada..So layan jer la..k
Dalam menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abadi ia memerlukan pengorbanan yang besar. Bila kita berkenalan dengan seseorang dan kita suka padanya maka kita pasti mahu menjalin ikatan persahabatan yang kekal lama dengannya. Namun banyak dugaan dan rintangan yang akan mengiringi persahabatan itu sehinggakan ia boleh memusnahtan sebuah erti persahabatan kan?(time nie dah nak balik dah..so kitorang cuma dihantar di stesen bas kota bharu jer.dari situ kami pun belilah tiket untuk pulang ke kampung halaman masing-masing..lagipun waktu nie time cuti sem)

Dah satu bulan lebih nur ternyata telah merajut benang persaudaraan itu, diruang kecil bernama blog ini. Kau, aku dan kita semua saling berbagi kisah dan kasih. Bahagia, sedih, marah, jengkel, kecewa semua adalah rasa yang wajar dalam jalinan persahabatan. Entah mengapa semua itu terasa indah untuk dikenang. Karena persahabatan kita tulus, bukan begitu sahabat? insyaallah. Ibarat masakan dengan beraneka rasa: manis, asin, asam, bahkan yang pahit dan pedas sekalipun rasanya tetap enak dan tidak hambar, karena bumbu utamanya adalah cinta.

Sahabat, sungguh nur bersyukur atas persahabatan ini. Meski kita jauh, tidak saling bertatap muka bahkan berjabat tangan , tapi lewat/melalui tulisan-tulisan ini kita akhirnya saling mengenal dan memahami. Nur bersyukur kerana nur beroleh banyak manfaat tika bersama kalian.Ilmu, pengalaman, motivasi, nasihat, inspirasi dan tentu saja sahabat, adalah nikmat yang lebih dari cukup sehingga tidak ada alasan untuk tidak mengucap syukur kepadaNya. Thank U Allah…terima kasih Kau izinkan tangan ini untuk menulis setiap kata, otak kecil ini untuk terus berfikir dan menangkap inspirasi serta hati ini untuk sentiasa menemukan jalan cintaMu.

Sahabat, izinkan nur mengucap maaf untuk khilaf yang terkadang tidak nur sedari. Sungguh bukan maksud hati membuat kalian marah, tersinggung dan sedih. Namun, ego dan keterbatasan ilmu itulah sehingga terkadang hati, pikiran dan lisan tidak mampu berkompromi sehingga mengeluarkan bisa beracun yang sering kali tidak mengenal mangsanya.


sahabat,nur bukanlah insan terbaik sebagai sahabatmu.Nur juga,bukan insan teristimewa dalam hidupmu,hadirnya nur tika sesuatu,hilangnya nur tika tugas memburu,Nur tidak mampu menjadi mereka yang terbaik buatmu.Nur lemah untuk itu.Nur juga tidak akan menjadi si dia yang teristimewa.Nur tidak akan menjadi si dia yang hebat untukmu.Nur hanya mampu menjadi Nur yang cuba menjadi sahabat setiap waktu,yang menyumbang bahu tika engkau tersedu,yang memberi padu ketika engkau lesu...tetapi,adakalanya nur juga menjadi layu,tersalah kata malah kaku,kerna nur tidak sehebat sahabatmu di situ dan yang pasti nur tahu tentang itu,maafkan nur ,duhai sahabat.

Semusim bersama seabad terasa.. itulah realiti kehidupan kita.. semuanya istimewa.. Mengenalimu sahabat umpama anugerah terindah dariNYA.. Mendampingimu sahabat Menjelmakan kolam ketenangan yang sukar digambarkan, Memilikimu sahabat tiada secantik lukisan dapat nur coretkan.. detik waktu yang dilalui bersama...penuh ketenangan bersulam ketelusan.. senda gurau yang tercipta,mengakrabkan lagi perhubungan ukhuwah ini.. dan acap kali menimbulkan butir-butir cemburu di dasar sukma yang lain..

Namun segala-galanya menjanjikan sebuah nostalgia.. nostalgia yang sukar diungkapkan di birai zaman.. Ukhuwah ini melengkapkan kitaran kolej hidup nur..berpatri teguh di atas kanvas perjuangan hayat nur selamanya.. mengertilah sahabat,kita bertemu kerana ALLAH.. kita bertemu untuk menganyam ilmu.. kerana perkenalan ukhuwah terjalin.. kerana cita-cita,perpisahan terjadi.. namun,dek kerana Ukhuwahfillah,
Insya Allah,ia berkekalan diredhai ILLAHI..
Ingatlah sahabat…Bunga itu menguntum indah,Menyeri dan mekar memerah,Dipuji dengan berbagai-bagai madah,Esoknya bunga itu gugur ke tanah, Serpih demi serpih ia punah, Tanpa daun dan kelopaknya musnah.Tapi...Sahabatku…Engkau bukan layu seperti bunga,Dan nur bukan kumbang yang akan mengambil madunya,Lambang bunga lambang sementara cuma,Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,Daerah kita bukan daerah cinta,Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,Tiada senda gurau memanjang yang meleka,Kerana kita dalam memperjuangkan agama dan persahabatan..

Sahabatku.. Disini uda dan dara telah berkubur,Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…Bumi kita bumi yang payah,Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah, Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.Sahabatku…Semalam telah layu sekuntum bunga,Telah gugur dari jambangannya,Tetapi itu bukan perjuangan kita,Bukanlah itu sebagai lambangnya,Mulut telah kaku untuk bertanya,Hati malu untuk memikirkannya,Tidak seperti dahulunya,Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku.. Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahidah merindukan dan memburu syahid,Maaf kiranya tuturku yang pahit.Senyumlah sahabat..Senyumlah dan serilah wajah, Walau pudar dan hambar datang tak sudah,Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,Doaku agar kita berani seperti Hamzah,Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
Sahabatku………seberat apapun masalah mu..sekelam apapun beban hidupmu..Jangan pernah berlari darinya ataupun bersembunyi agar kau tak akan bertemu dengannya atau agar kau bisa menghindar darinya k arena sahabat…..seberapa jauhpun kau berlari dan sedalam apapun kau bersembunyi dia pasti akan menemuimu dalam sebuah episode kehidupanmu.Sahabat..Dalam mengejar arus kedewasaan ini nur dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang kearah jalinan persahabatan ini.
Sahabat...Nur mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui setelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja.Bukan nur menaruh harapan supaya kita selalu berjumpa ,namun dihati ini terselit perasaan rindu yang amat mendalam.Harapan nur agar perhubungan kita Yang terjalin erat.Berkekalan dan tidak akan pudar Buat selamanya…
Sahabatku..Sebagai mana baik budi mu terhadap nur..setinggi gununglah cubaan untuk nur meneruskan perjuangan nur sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu.Selama nur mengenalmu inilah kali pertama nur ingin mengucapkan sesuatu yang mungkin berharga bagi dirimu.Doa nur..Semoga antara kita akan menjadi Insan bertakwa, beriman...Dan berilmu tinggi serta dapat melalui liku-liku kehidupan..dengan kuntum senyum kebahagiaan
Sahabat yang kurindui..Jujur nur akui kaulah sahabatku yang paling istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri.Terima kasih Nur ucapkan atas segala pengorbanan kasih sayang yang engkau berikan.Maafkanlah nur andai selama ini nur sering mengganggu perasaanmu dan membuatkan dirimu sering dilanda taufan api kemarahanmu.
Ingatlah sahabatku..bahawa dalam mengejar arus kehidupan apatah lagi zaman kemewahan kau dan aku pernah digelar sahabat yang paling akrab suatu ketika dahulu.Janganlah kau persiakan harapanku ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik berbanding diriku.Ku berdoa agar kau sentiasa ceria seterik matahari sesegar bunga di taman dan semanis senyuman.
Mutiara Persahabatan Sejati..yang nur miliki hanyalah sekeping hati,Ketika nur meniti hidup ini keseorangan,Nur hanyut dipukul gelombang,Tewas dalam perjuangan ...Lalu ... kau hadir mengembalikan kekuatan.Hembusan angin membisikkan kejujuranmu,Deruan ombak merisikkan keikhlasanmu,Hujan yang turun melagukan kebenaranmu,Buih-buih yang keciciran di tepian pantai ... menyampaikan kesungguhanmu.Terima kasih sahabat..kau hadir tatkala Nur memerlukan..
Nur sering menghayati setiap kata ...Yang terukir di bibirmu,Kau bertindak sebagai kaunselor,Pandangan demi pandangan kau berikan,Ternyata ... kau penggerak naluri hidup nur ...Untuk mencapai kejayaan.Biarpun ada yang cemburukan kejujuranmu padaku,Namun kau tetap tabah,Ternyata honar disekeliling kita,Pun begitu ... tiada erti kesalan dalam kamus kehidupan ...

Sahabatku..Bagi kita menempuh hidup ini ...memang sukar..Namun di hati ini tersematnya mutiara sejati,Tetapi sayang ... bukanlah untuk selamanya,Kerana di sini bukan persinggahanmu ...Kita mengorak langkah bersama ...Bersama janji yang kita kotakan,Walaupun hanya untuk sementara waktu.Andai kau lihat pantai yang bersih dan damai,Itulah diriku yang setia pada sebuah janji ...Mutiara persahabatan sejati ...Akan kekal abadi ...selama-lamanya..InsyaAllah
Ohh..sekian dulu ayat-ayat skema dari nur..yer..dah blur nie..Order A& W dari tadi lagi tapi sekarang nie baru sampai..(cuaca kat pantai hari nie sangat indah...tapi Pantai Batu Buruk jer laa. yer..)hehe..Sekarang nak sambung lagi alkisah nie..tapi nak guna ayat yang tak skema...dah..wakaka..dah tak der idea nak bina ayat skema..So layan jer..laaa...(oit..korang..esok nur ada kat PBB(pantai batu buruk ) so datang k...khas untuk budak -budak SPA(
Sk Panji Alam)..hehehe...Kata-kata kat bawah nie nur ambil dari sms..tapi ubah sikit-sikit..hehehe
Kawan
bila rasa ingin menangis
hubungilah aku
aku takkan suruh kau berhenti menangis
tapi...aku akan kata"aku ingin menangis dengan kau
tapi tak leh lama sangat
nanti habis air mata aku"
hehehe

Kawan
jika terasa nak larikan diri
jauh dari masalah yg menyelubungi
maklumkan aku
aku takkan halang kau tapi...
aku akan kata"berlarilah bersama aku
untuk kau lupakan sementara masalah
cuma jangan terlalu laju
aku tak larat nak kejar kaki aku pendek."
dan lepas itu aku juga akan kata
"Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapilah ia"
Kawan
jika kau kecewa
keluargamu tak bahagia
beritahulah aku
aku takkan minta kau benci pada keluargamu
tapi… aku akan kata
"Kajilah punca kekecewaanmu,
dan paling penting
terimalah segala ketentuan Allah..."
Kawan
jika kau kecewa
dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti
ceritalah pada aku
aku takkan memburukkan dia
tapi aku akan kata
"cubalah letakkan diri kau ke dalam dirinya,
dan kau akan mengerti..."
Tetapi kawan
jika suatu hari aku berdiam diri
aku tak balas sms kau
aku tak angkat panggilan dari kau
hubungilah aku segera (kot emel ke, kot surat ke)
sebab waktu itu aku
ermmm...
aku sangat perlukan kau (dan aku malu untuk mengakuinya)
atau mungkin...
aku telah kekal bersemadi diruang nan dalam dan sepi.
Persahabatan yang terjalin
Mempunyai pengertian terlalu suci
Jesteru usahlah
Dicemari sinaran kepalsuan
Sesungguhnya
Resepi untuk mengindahkan lagi persahabatan
Hiaskan dengan Kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan hati
Sahabat..Terima kasih kerana menghargai
Erti sebuah persahabatan suci
Menjaga hatiku penuh kejujuran
Dan keikhlasan hatimu
Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya,kerana tidak ada persahabatan yang dimulai dengan sikap egoSemua orang pasti memerlukan sahabat sejati,namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namunada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.

So jadilah sahabat yang baik… Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.Binalah nilai seorg sahabat yg baik..InsyaAllah kalian juga pasti akan beroleh sahabat yang baik dan setia..Dan ingatlah sahabat... bukankah kita adalah makhluk sosialis yang saling memerlukan antara satu sama lain, makhluk humanis yang memiliki rasa dan hasrat untuk mencintai dan dicintai. Dan dalam persahabatan, semua itu pasti
kita perolehi.Maka bersyukurlah karena kita memiliki sahabat.

Baiklah, kau, aku dan kita hari ini bertekad untuk menatap masa depan dengan penuh optimis, terus belajar, berpikir positif dan tidak akan menyerah pada kemunafikan. Dan aku, kau serta kita semua akan terus berusaha melawan nafsu dan tidak akan menggadaikan harga diri dengan kemunafikan. Kita bertekad bersama-sama menggapai kemuliaan disisi-Nya, memperoleh kebahagian yang hakiki. Semoga kita bisa. Amin

okay.. hari ni kita dah banyak berbicara tentang apa itu S.A.H.A.B.A.T ..Hurm..apa erti persahabatan pada kamu semua?

a) adakah apabila anda bersama sahabat, anda rasa macam anda dan dia adalah satu?
b) adakah apabila anda melihat album dia, terdapat byk gambar anda dan sahabat?
c) adakah apabila sahabat sentiasa memeriahkan hari istimewa anda?
d) ataupun apabila sahabat sering memberitahu org lain, " she/he is my best friend"
e) selain diatas.. hahaha.. da tak ada "adakah" yang nur nak ajukan..
Bagi nur pulak mungkin semua jawapan diatas adalah benar.. sebab sahabatkan sentiasa ingat mengingati.. Nur da lalui berulang kali kehilangan sahabat.. mungkin kerana nur bukanlah layak untuk dipanggil sahabat.. hanya sekadar layak dipanggil kawan..
Memang banyak sekali orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun bukan semua orang boleh dianggap sebagai sahabat. Sebenarnya kebanyakan yang kita kenal sekadar menjadi kenalan dan kawan sahaja. Walau bagaimana pun, samada seseorang itu sekadar kenalan atau kawan atau sahabat, perkara ini terserahlah kepada kita untuk menilai orang-orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun kalau kita telah berjanji kepada seseorang bahawa kita akan menjadi sahabatnya selama-lamanya maka kita ada kewajipan untuk membuktikan janji kita ini. Jangan hanya manis dimulut sahaja tetapi dihati lain-lain. Pendek kata, bersahabat biarlah selama-lamanya dan paling penting, dengan hati yang ikhlas...
Cuaca Hati Ini; hujan rintik-rintik

Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat