Tuesday, June 8, 2010

Bicara Tinta Buatmu Anna


Topik baru untuk kategori baru hari ini..Iaitu "Monolog Dan Getaran Puisi Sekeping Hati"
Dalam kategori ini..Puisi-puisi yang disampaikan ialah Puisi dari hasil karya nur sendiri..So Puisi-puisi nie tak dibenarkan dicetak sesuka hati atau ditafsirkan sesuka hati oleh pembaca yang budiman..Kerana apa yang dialami..hanya DIRI ini sahaja yang lebih mengetahui...Harap Maklum yer..Dan yang paling penting...jangan menimbulkan spekulasi-spekulasi yang bercanggah..Hehehe( nanti kalau ada..nur laporkan pada PBB) hahaha...(Ingat PBB jer sekarang nie..)


Hari ini..
aku sendiri..
bertemankan burung 2 berkicauan..
betemankan skrin merah jambu..
bertemankan lagu yang mengasyikkan..
Aku terus disini melakar kata melalui madah ..
dari tinta maya...
Tekadku kuat...
Aku mahu terus berjuang...
Berjuang dari segala penderitaan..
Yang bakal aku hadapi...
Aku mahu selalu begini..
Teguh,tabah dan tetap disini...

Tadi...
baru sebentar tadi...
aku lihat sebaris perkataan...
TERATAK ANNA ABADI...
Aku terkedu..
Teringat akan saat 2 aku bersamanya..
Yang kini tiada lagi...
Aku mahu jadi sepertinya...
Berusaha meraih cinta illahi..
sehingga ke titisan terakhirnya..

Aku..
masih disini...
menyambung perjuangannya..
buat selama-lamanya..
andai kata aku berhenti..
terlintas di minda..
masihkah ada yang ..
akan mengambil tempatku ini..
aku pasrah...
tujuan ku satu...
berukhwah dan berdakwah sepertinya...

Dia
tiada lagi kini..
Tapi perjuangannya tetap di hati..
Membina ukhwah perantauan..
Menyelami hati insan..
Tatkala mereka gembira dan tertawa..
Dia membiarkan segalanya..
Walhal dialah yang membuka...
kunci kebahagiaan itu..
Tapi disebaliknya..dia menderita..
Tak siapa tahu..
Tak siapa mengerti..
Hinggalah dia dibawa pergi...
Dialah insan yang berjiwa hamba..


Cuaca Hati Ini;Hujan rintik 2

Alfatihah Buat Anna Abadi...Aminn

Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat