Topik baru untuk kategori baru hari ini..Iaitu "Monolog Dan Getaran Puisi Sekeping Hati"
Dalam kategori ini..Puisi-puisi yang disampaikan ialah Puisi dari hasil karya nur sendiri..So Puisi-puisi nie tak dibenarkan dicetak sesuka hati atau ditafsirkan sesuka hati oleh pembaca yang budiman..Kerana apa yang dialami..hanya DIRI ini sahaja yang lebih mengetahui...Harap Maklum yer..Dan yang paling penting...jangan menimbulkan spekulasi-spekulasi yang bercanggah..Hehehe( nanti kalau ada..nur laporkan pada PBB) hahaha...(Ingat PBB jer sekarang nie..)
Suasana ceria dan indah..
Seperti biasa mentari bangkit memancarkan sinarnya..
Tapi sinarnya tidak mengenaiku..
Kerana aku malu..
Malu untuk berhadapan dengan cahaya itu..
Kerana cahaya itu tak kurasakan layak untukku..
Tapi mentari ..masih tak putus asa..
Lalu cahayanya mencari orang yang selayaknya..
Untuk dia mencurahkan baktinya
Dan bila kujenguk di celah -celahan tetingkap..
Kulihat...
Pelbagai ragam manusia yang berbeza di sini..
Ada yang ketawa..
Ada yang tersenyum..
Ada yang bercanda..
Dan ada juga yang hanya memerhati..
Tak kurang juga yang hanya menebarkan reaksi muka..
Masing-masing mempunyai reaksi yang berbeza..
Tapi mentari itu berjaya membahagiakan semuanya...
Namun...
Disebalik semua keceriaan didepanku ..
Hati dan jiwa ini..
Masih kosong dan sepi..
Bagaikan ada sesuatu yang tidak pasti didalamnya..
Terasa ada sesuatu yang masih dicari..
Tapi lama kelamaan..
Sesuatu itu menjadi sebuah luka yang dalam..
Teramat sakit.. apabila di usik..
Meskipun hanya untuk menyapu ubat disekitarnya..
Luka yang dalam itu makin merebak..
Berjangkit pada anggota yang lain..
Sehingga...aku..makin jauh dan nanar dari pegangan yang utuh..
Sehingga aku..kini..tidak lagi mahu merawatnya..
Dan hari ini..
Aku semakin lumpuh kerananya..
Dan aku khuatir kiranya..
Suatu hari nanti..
Tiada lagi peluang untukku..
Untuk menyembuhkannya seperti sediakala..
Tapi..
Dsisiku kini..
Masih ada tangan-tangan yang membantu merawat luka ini..
Masih ada yang menyokongku..
Masih ada yang memberi semangat padaku..
Untukku teruskan perjuangan ini..
Walaupun hanya seoarang atau dua orang...
Ia sudah cukup menaikkan semangatku..
Kerana aku...
Teramat ingin untuk dihargai sebegitu..
Kawan..
Senang..mudah dan gampang untuk diungkapkan ..
Tetapi istilah itu hanya sementara..
Walaupun mereka sentiasa di hati kita..
Tapi belum tentu kita ada dihati mereka..
Kerana manusia..mudah lupa..
Benar kat orang..
Kawan ketawa mudah dicari..
Kawan menangis seorang diri..
Dan hari ini..
Jua hari yang mendatang..
Aku pasti akan menunggu mentari itu..
Dan yang pasti..
Aku akan cuba menyapanya terlebih dahalu..
Kerana aku jua sangat menginginkan cahaya nya..
Tapi aku masih bimbang
Bimbang jika cahaya yang dibawanya itu..
Bukan milikku..
Ya Allah..ketahuilah olehMU bahawa aku sangat ingin mendapatkan NUR dariMU
Aku pohon moga..dalam banyak cahaya yang KAU ciptakan..
Salah satunya adalah untukku dan milikku...
Cuaca Hati Ini;Menanti Cahaya
0 comments:
Post a Comment