Wednesday, June 2, 2010

Me And FriendSs..Rindoooo Kamoooo





Assalamualaikum diari tersayangku??Hari ini hari yang cukup indah kan?? Sempena meraikan 1 jun 2010 nie..Nur cuba nak singkap balik kenangan-kenangan lama bersama rakan -rakan di PSP tahun yang sudah..Hurmm memang tak banyak picture dengan rakan-rakan lama untuk entri kali nie. dan yang paling terkilan sebab picture bersama rakan-rakan karib tak jumpa-jumpa untuk diletakkan dalam entri nie..Hurmm maaf yer nano..fizah..lin..shakila.. dayah..ila..fatin dll..Sebenarnya banyak nak diceritakan tetapi picture plak yang menghilang akibat virus yang bermarajalela..So layan lah dulu picture 2 lama nie yer..InsyaAllah bila hard disk dah dibaiki dan ada gambar yang dapat diselamatkan..nanti nur akan postkan disini yer..Hehehehe..Apapun gul luck untuk semua...

First picture..Hurm nama kawan yang disebelah nur nie..ialah Siti Nor Warnidah..Banyak kenangan nur dengan dia..tapi dikelas jer laa..Masa di PSP dulu.nur selalu panggil dia teletubbies..Sebab dia comey dan kiut cam kartun tu..Siti nie memang baik dengan nur dan dia juga seorang yang mudah dibawa berbincang..Suka dengar dia bagi pandangan sebab semua pandangan yang dia berikan amat bernas dan matang..Thank Ct..Apapun Ct memang unik dan tersendiri..Ct jenis tak banyak cakap dan agak pendiam tapi..ramai yang selesa dengan cara pertuturannya..lembut dan ikhlas..Sebab tu jugak lah ramai orang selesa dengan dia nie..Ct memang best ..Cayalahh!!!! hehe

Yang nie pula namanya Kak Kamilah..Nur panggil dia..K.Kemy jer..Akak nie memang pandai dan bijak bila handle masalah..Al-maklumlah dia nie kan anak sulung..Nur paling suka tentang kak Kemy bila tengok dia nasihat nur dan kawan-kawan..Masa dia nasihat ..tak pernah dia keluarkan satu patah perkataan pun yang akan menyakiti kita..Hebat kan akak nie..Dan akak nie pun jenis yang selalu steady dan tak cepat gelabah..Segala-gala yang dia lalui..tetap tenang...Walhal waktu masuk kelas lambat pun dia masih steady dan cool....Akak...nur suka tau tengok ketenangan yang ada pada akak....Thank sebab ajarkan nur banyak erti kehidupan yang sebenar..Nur akan sentiasa doakan akak..selamanya..Amin

Yang nie namanya Nurul.(.Eh sama lah nama kiter).Nurul nie sebenarnya junior PRS..hurm kiranya junior nur la masa kat PSP dulu..Apa yang best pada nurul ialah..agama dan penghayatan dia dalam segala aspek..Nurul nie jenis yang berhati-hati..dan bertanggungjawab..Nur suka berkawan dengan dia..cara dia..sikap dia..niat dia...dan yang paling penting adalah agama dia..Dia jenis orang yang kuat berusaha terutamanya apabila melibatkan perjuangan agama dan dakwah...Tapi walaupun dia agak serius..tapi dia jugak kadang-kadang agak masuk air jugak kepalanya..Hehehe..(macam kepala group nur laa..semua masuk air..)..Hahaha kesian adik nurul nie..sampai terikut-ikut sekali..hehehe..Thanks dik sebab hadir dalam hidup akak..Moga adik dalam rahmatNya selalu..Amin

Nurul Syazwani Bt Mohamad..Siapa tak kenal dengan ini budak memang rugilah..hehehe..(Oppss bukan budak laa..nenek..hahaha..gurau jah..)..Sebut jer nama "Wani" semua orang pasti kenal siapakah gerangannya..Wani nie unik..sebenarnya..Keunikkannya persis cam nano..Perangai yang agak gila-gila..Bicara yang agak mengarut..dan kadang-kadang prbuatan yang agak tak masuk dek akal..tapi semua tu tak setanding dengan sikap kelakar dan penghibur yang dia ada....yang mampu mebuatkan si tangis menjadi si ceria..si jelik menjadi si cantik dan si hujan menjadi si pelangi..begitu jugak si hitam menjadi si putih..Memang unik dan istimewa..Sebab tu nur suka kan dia..Dia penghibur tatkala kebuntuan..dia pelawak tatkala kesedihan..dia lah segalanya..Tapi sekarang dah lama nur tak jumpa dia..Nur harap sikap itu masih ada padanya..Tq wani..kerana telah bersusah payah menceriakan hidupku selama nie..

Nama diberi Nurul Syuhada.. Nama samarannya pula ialah Yuha..Yuha nie seorang yang cool..jenis yang slamber dan juga seorang yang memahami..Banyak sebenarnya rahsia yang secara tak langsung nur kongsikan dengan si Yuha nie..Dia memang seorang teman yang memahami dan mudah dibawa berbincang..Perjalanan hidup nur dengan Yuha walaupun berbeza..tapi kami masih boleh menceritakan sesuatu perkara yang kami alami secara terbuka..Lagipun Yuha nie jenis yang pandai menyimpan rahsia..Walaupun ramai yang was-was dengan Yuha tapi nur yakin rahsia -rahsia atau masalah-masalah yang pernah nur luahkan padanya tetap tersimpan rapi padanya..Thanks Yuha..dikau memang teman yang memahami..terima kasih..kerana sudi menjadi tempat untuk nur berteduh..

Ok..nama budak nie plak Ika.Ika nie memang murah sangat dengan senyuman..Dan bila dia senyum rasa sweet sangat..Ika nie pun salah seorang lagi junior yang nur rapat di PSP dulu..Apa yang paling menarik tentang ika ialah sikap dia yang sopan dan memikat
hati.. Senyumannya..pergaulannya..komunikasinya dan percakapannya..penuh dengan tatasusila seorang gadis melayu..(memang lengkap dan tambah plak rupa parasnya yang agak cantik..ia bagai satu eset penting untuk budak nie)..Dan yang paling -paling best tentang budak nie dia jenis yang tak cepat melenting dan melatah..Dan biasanya bila ada keadaan -keadaan genting yang dihadapi..dia pasti akan minta pandangan orang yang lebih berpengalaman terlebih dahulu..Tq ika kerana menghargai segala nasihat-nasihat yang akak berikan selama ini..Luv u..
Syarifah safiyah @ Piya.Budak nie pun junior nur jugak..(kawan baik kepada ika)..Disebabkan latar belakang dia yang juga rakyat negeri terengganu..so memang dia boleh sebati dengan group nur..Lagipun dia seorang yang hepi go lucky...dan penyayang..Dan paling paling paling nur berkenan dengan ini budak ialah sebab ketangkasan dia dalam membuat kerja atau amanah yang telah dipertanggungjawabkan..Budak nie jugak seorang yang ringan sangat tulangnya..Lagi berseri jadinya bila ditambah dengan pergaulannya dan juga akhlaknya yang begitu memikat hati..Agamanya yang kukuh juga salah satu faktor dia mudah rapat dengan sesiapa sahaja terutamanya yang ingin meminta pertolongan dan nasihat darinya....Moga piya lebih giat menjalankan misis dakwah..Aminn..Doa akak sentiasa disisi..

Dan yang terakhir sekali ialah Mastura Mohamad..atau dengan nama samaran yang biasa nur panggil iaitu "Kak Mas".Kak Mas nie seorang yang yakin dan percaya diri..Selain itu dia juga seorang yang bersemangat,berdikari dan berusaha kuat..Dan paling boleh dibanggakan tentang Kak Mas ialah sikapnya yang seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan orang lain..(cekal kan orangnya?)Jujur nur cakap..nur begitu kagum dengannya...tak ramai orang yang boleh menepis atau menyelesaikan segala masalah seorang diri..Tapi dia memang manusia yang agak luar biasa pada pandangan nur..Doa nur moga Kak Mas akan lebih tabah dan kekalkanlah kecekalan yang sedia ada dalam diri..Amin..(opppss lupa..Kak.Mas nie satu kelas dengan nur tau..)hehehe..

Sebenarnya ramai lagi rakan-rakan yang nur tak sempat ceritakan disini..So jangan kecil hati yer..Hurmm dulu masa di PSP kitorang ada 2 group..Dalam group 1 tu merangkumi group kamceng iaitu Nur,Nano,Wani,Kak Mas dan juga Kak Kemy..dan group yang ke2 ialah group sesama rakan PRS..Group ke 2 memang terlampau ramai sampai tak boleh nak sebutkan disini..sebabnya takut ada yang terlupa namanya..Apapun tunggu lah ..yer..sebab kalau tak der aral melintang..nur akan tempek lagi gambar-gambar..teman-teman nur..dan ceritakan sedikit sebanyak tentang diorang nie..K sekian untuk hari nie..Wassalam
Cuaca Hati Ini;Cerah

Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat