Sunday, July 25, 2010

Cukup Engkau BagiKu Ya Allah




Topik baru untuk kategori baru hari ini..Iaitu "Monolog Dan Getaran Puisi Sekeping Hati"
Dalam kategori ini..Puisi-puisi yang disampaikan ialah Puisi dari hasil karya nur sendiri..So Puisi-puisi nie tak dibenarkan dicetak sesuka hati atau ditafsirkan sesuka hati oleh pembaca yang budiman..Kerana apa yang dialami..hanya DIRI ini sahaja yang lebih mengetahui...Harap Maklum yer..Dan yang paling penting...jangan menimbulkan spekulasi-spekulasi yang bercanggah..Hehehe( nanti kalau ada..nur laporkan pada PBB) hahaha...(Ingat PBB jer sekarang nie..)




Hari ini..
Aku masih di langkah yang sama..
Aku masih di perjalanan yang sama..
Namun hatiku ini kian gentar..
Kian takut dan kian walang
Apakah kerana hati ini..
Cukup gementar untuk diuji lagi??
Cukup gugup untuk diduga lagi??

Tapi..
Aku tidak pasti akan semua itu..
Aku cuma tahu..
Hatiku selalu berharap sesuatu..
Sesuatu yang tidak bisa menjadi kenyataan..
Sesuatu yang tidak bisa aku gapai dan miliki..
Dan ia bagaikan sebuah pengharapan yang sia-sia..

Dan hinga kini..
Aku tidak sanggup untuk membayangkan semua itu..
Aku tidak sanggup lagi menanggung kedukaan ini..
Lalu titisan -titisan kecil yang jernih..
Kembali marajai diri..
Yang tidak lagi berdaya ini..

Duhai hatiku...
Menangislah..andai itu akan menghapuskan kedukaan..
Menangislah..jika itu bisa menenteramkan keperitan..
Menangislah..kalau itu akan menenggelamkan segala penderitaan..
Menangislah duhai hati..Menangislah..
Kerana tangisan itu jua suatu hari nanti..
Akan memberikan sinar kebahagiaan..

Ya Allah..
Kau perkuatkanlah diriku..
Kau perteguhkanlah hatiku..
Kau lindungilah diriku ini..
Agar aku tak berhenti mencintaiMu..
Agar aku tak lupa akan nikmatMu..
Sekiranya semua dugaan ini..
Tanda kasih sayangMu padaku..
Kau ujilah aku..
Cuma satu permintaanku Ya Allah..
Aku ingin sekali melihat Mu di syurga nan abadi..
Meskipun aku tahu...aku tak layak untuk itu...

Wassalam
Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat