Thursday, July 8, 2010

Dugaan Adalah Anugerah Terindah



Topik baru untuk kategori baru hari ini..Iaitu "Monolog Dan Getaran Puisi Sekeping Hati"
Dalam kategori ini..Puisi-puisi yang disampaikan ialah Puisi dari hasil karya nur sendiri..So Puisi-puisi nie tak dibenarkan dicetak sesuka hati atau ditafsirkan sesuka hati oleh pembaca yang budiman..Kerana apa yang dialami..hanya DIRI ini sahaja yang lebih mengetahui...Harap Maklum yer..Dan yang paling penting...jangan menimbulkan spekulasi-spekulasi yang bercanggah..Hehehe( nanti kalau ada..nur laporkan pada PBB) hahaha...(Ingat PBB jer sekarang nie..)


Hari ini..
Tatkala ujian itu datang...
Air mata tidak lagi membasahi...
Kerana aku pasti dan sangat pasti..
Allah sentiasa mengingati aku..
Dan tidak dibiarkan aku bersendirian..
Saat ku jatuh aku dipimpinNya..
Untuk bangkit kembali..
Jadi nikmat Allah yang mana lagi hendak aku dustakan??

Dan kini..waktu ini..
Aku berbicara pada hatiku..
Duhai hati..
usah ditangisi kehidupan lalu…
ayuh kita menjengah jendela taubat..
kerana disitulah
terletaknya nilai seorang hamba….
sejarah manusia membuktikan…
tiadanya manusia yang sepenuhnya sempurna….
apalagi kita yang terlalu jauh zamannya dengan baginda Rasulullah…

Dan aku semakin mengerti sesungguhnya...
kita tidak akan mampu
mengintai apakah yang Allah rancangkan untuk kita..
mungkin diberinya sesuatu takdir yang baik
lantaran niat yang ikhlas
siapa pun tidak akan mampu menyangkakan…
kerana berlakunya sesuatu itu…
dibawah perancanganNya…

Oleh itu aku semakin ……
mengenal dan memahani hakikat syukur..
bersyukurlah….
disaat kita di uji
kerana disana tersembunyi rahsia
MAHALnya HIDAYAH Allah…….
dikurniakan hanya kepada
insan yang dikehendakiNya..
Ni’mat Allah yang manakah yang kita dustakan?

Jangan dilihat berdurinya mawar itu mencacatkan,
tapi…hidu lah harumnya yang mengasyikkan

Jangan difikirkan hujan itu menyusahkan
tapi…rasailah kesejukannya membuai tidurmu

setiap yang berlaku itu
pastinya…ada HIKMAH yang TERSEMBUNYI…

Kita boleh mengimpikan sesuatu, kerana itulah fitrah manusia…
namun, jangan sekali-kali kita lupakan…
bahawa…

tidak semuanya yang kita impikan itu adalah yang terbaik untuk kita…
kerana DISANA…ALLAH merancangkan sesuatu yang lagi baik dari perancanganmu…

sesungguhnya….Allah mengetahui masa depanmu sedang dirimu tidak mengetahui..maka,letakkanlah keyakinan itu disisiNya…Krn…Dialah penjaga yg TERBAIK..

Innallaha ma’ana…

Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat