Friday, July 2, 2010

First Day ESQ Kids Angkatan 1 Terengganu (TER)



Assalamualaikum? Salam 165 Buat semua...Nur harap kawan-kawan nur..disini.sihat sejahtera dan baik-baik belaka..Moga Allah merahmati kehidupan dan perjuangan kalian semua..Hari nie..hati dah mula lembut dan insaf sikit..Mungkin penangan ESQ kids kot..Banyak betul perkara yang nur cas kembali..Bila diingat dan difikirkan kembali...memang banyak dosa-dosa yang telah nur lakukan..Mungkin sebab itu jugaklah..doa -doa nur tak banyak yang termakbul..Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang abadi..DIA tahu apa yang terbaik untuk kita..dan nur yakin..DIA sentiasa ada bersama nur..semasa susah dan senang..Cuma mungkin..selama ini..nur rasa jauh sangat dariNya..sebab itu ..nur mudah kecewa dan tak yakin..Terima Kasih Ya Allah...kerana KAU kembalikan hidayah ini..padaku..sekali lagi..Amin..Ya Rabbal Alamin..Buat rakan-rakan taulan..doa nur akan sentiasa mengiringi perjuangan kalian..InsyaAllah..
Oklah kita bercerita pula pasal apa yang berlaku hari ini...Banyak betul perkara yang diluar dugaan yang berlaku..Tapi Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan sempurna..Syukur..Hurm picture kat atas..adalah kawan-kawan ATS nur..Yang sebelah kiri atau yang bertudung pink tu namanya Norhazlinda . Perangai dan suaranya pula..mengingatkan nur pada rakan sekelas nur di Poli iaitu Kak Iman..memang sama sangat-sangat..Yang bertudung kotak-kotak tu pula..namanya Nabilah...C-Nabilah nie akan ambil SPM pada tahun nie..So sama-samalah kita doakan kejayaan budak nie yer...InsyaAllah..Moga doa kita didengari olehNya ..Amin..Moga-moga juga dimakbulkan ya..

Ketawa sakan kakak ATS kita yang sorang nie..Apalah agaknya yer..yang mengelikan hati akak nie..Hehehe..

Poyo semacam En Aziz kita nie..Kalau pikir-pikir dua tiga kali .rasa lawak lah pulak..hahaha.. Kakak dan encik nie adalah antara orang kuat belakang tabir ESQ kids..Diorang nie memang sporting habis laa..Hehehe..Suka tengok gelagat diorang..Walaupun diorang perangai agak lucu dan lawak tapi still baik dengan semua orang..Hurmm tapi tak kisah sangat lah..dengan cara diorang almaklumlah kedua-duanya dah berkahwin..En Aziz nie pun dah ada anak dah pun..Kakak yang kat atas tu pulak tak dapat lagi nur pastikan sama ada dah anak atau belum..Kalau ada..mesti anak dia pun jenis yang selalu ketawa cam dia..Pasti bahagia rumahtangga kan?? Amin..hehehe..(aii kenapa lah pikiran nie tak berhenti memikirkan pasal rumahtangga..pelik jer sekarang niee..)

Nie plak picture En Bakhtiar..bersama penolong trainer iaitu Abang Adek..Disebelah kiri ..yang sedang asyik bermain mesej tu pulak ialah Abang KD ( Kak Dandang) ..Manakala disebelah kanan ialah Ena( koordinator untuk program ESQ kids kali nie..)..Time nie kitorang dah habis program untuk hari pertama ESQ kids..So time nie.. kitorang dalam sesi perbincangan..atau muzakarah..dan setiap orang perlu melaporkan..sedikit sebanyak input berkenaan program yang dijalankan..Selain tu dalam perbincangan nie..jugak..akan diberitahu secara ringkas tentang tugas -tugas yang akan dilaksanakan esok pagi..Alhamdulillah..walaupun semua orang tetap masih berada dalam zon ceria..dan hepi..So tak der laa stress sangat..(walhal waktu tu memang mengatuk sangat..almaklumlah dah hampir jam 12)

Beginilah keadaannya..bila proses muzakarah bermula..Semuanya saling menghayati dan memahami apa yang disampaikan oleh setiap seorang ..So masa salah seorang individu bercakap..dewan menjadi sepi dan masing -masing menumpukan perhatian kepada orang yang tengah bercakap..Time giliran nur bercakap pun cam tu..(naik segan nur dibuatnya..)..Lagipun nur dah jarang bercakap depan orang ramai selepas keluar dari PSP..(kecut jugak perut..nie..takut tersilap dan terkasar bahasa)..Biasalah hati manusia siapa yang tahu kan..Tapi alhamdulillah semua ok..dan menghargai setiap patah bicara nur..Tq semua yer..Nur bangga sangat dapat berkenalan dengan kalian..tau..Kebanyakan ATS lelaki yang join majoriti dah berkahwin dan dah ada anak..So bila tengok anak -anak diorang..yang kiut tu..rasa nak cubit-cubit jer..Geram betull..

Nie plak keadaan untuk muzakarah di tempat kaum hawa..Semuanya duduk dengan sopan jer..hehehe..Kalau ada yang berkenan..sila-silalah tinggalkan pesanan yer..hahaha.. Tema untuk hari ini ialah warna merah..sebab tu korang dapat lihat kat picture -picture nie..cam ceria jer..Huhuhu..Esok adalah hari last dan pakaianya pula berwarna biru..Tapi pakaian yang nur pakai tak lah nampak biru sangat..Hehehe..Time nie semua tengah khusyuk mendengar taklimat yang diberikan..Memang konsentrasi habislaa..time nie..Tapi jujur nur cakap waktu diorang taklimat..nur pun dengar tak dengar jer..Sebabnya..time tu..mesej masuk berbondong-bondong dalam fon..(risau gak takut jadi pertengkaran ngan my habib hahaha)Dia bukan suka pun nur join benda 2 cam nie..huhu..Tapi nur still setia gila ngan dia.Hahaha(ayat perasaan)

Tengah khusyuk bertepuk tangan..Sebabnya..segala perancangan yang diatur hari nie..berjaya dilaksanakan sebaik mungkin..Amin..So tahniah buat semua..Untuk esok lakukan yang lebih baik lagi..InsyaAllah..K lah dari kiri;Kak Ina,Adik,Nur,Piya dan Hanisah..Semua dalam mood happy..Tiada sebarang pertelagahan atau perasaan tak puas hati pun ..Nur memang suka keadaan cam nie..Sebab semua orang ikhlas melakukan kerja..semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah..Yang paling nur terharu...ialah waktu pagi..semasa sesi berdoa supaya perjalanan program berjalan lancar tanpa ada halangan..Time tu semua menangis..Sebak rasanya hati nie..Tanpa kita sedar mutiara jernih tu mengalir juga..Alhamdulillah indah betul pertemuan kami pada pagi tu..terasa nikmat Allah itu begitu dekat dengan kami..Terima Kasih Ya Allah..atas nikmat ini

Hahaha..lucu bila tengok picture nie..Sebab muka nur time tu memang nampak sangat mengantuk..Tapi lepas selesai jer taklimat hilang semua mengantuk..Siap boleh mesej dengan my habib lagi tau..Hahaha..Pelik betul.Malam nie kami semua ahli-ahli ATS dijemput untuk bermain bowling..Majoriti memang ramai yang join..Tapi nur ambil keputusan tak join..sebabnya..nur memang tak suka pergi tempat-tempat cam tu..So kat dalm dorm atau hotal tinggal 4 orang jer..yang join nur..iaitu Kak Ina,Kak Imah,Nur dan jugak Piya..Sampai kat dorm terus solat..kemudian buat solat hajat..dan seterusnya layan cerita hindustan..kat Astro..Hahaha..Memang syok habisslaaa...hahaha

Ok lah..cerita pasal dalam dewan pagi tadi plak yer..Time nie..cam -cam aksi yang kitorang kene gayakan..bukan apa untuk menarik minat budak-budak gakk..Supaya diorang hepi dan enjoy bila berada dalam dewan..tapi tak dinafikan jugakk...ada jugak kanak-kanak atau budak-budak yang sedikit degil juga keras kepala..So untuk budak-budak yang jenis cam tu..kitorang cuma..larang apa yang patut jer..Apapun memang kesabaran amat-amat diperlukan..untuk melayan karenah budak -budak yang tak tentu nie..Yang dalam picture nie dari kiri ;Kak Ena(koordianator),Siah(ATS ) dan Munirah (ATS)..Diorang bertiga memang rapat dan memang sporting..habiss(suka nur tengok reaksi diorang nie..Apapun halnya..batas-batas..pergaulan tetap ada bersama bukan muhrim)

Masa nie tengah tunjuk cara permainan..kepada budak-budak.Nur lupa plak apa nama permainan nie..Tapi tujuannya ialah untuk menghapuskan sikap negatif kanak kanak tersebut dan juga meningkatkan semangat kerjasama dikalangan kanak-kanak tersebut..Memang hepi bila dapat lihat..kanak-kanak nie bermain kat situ..Ada cam-cam gelagat yang dapat kita lihat..Ok nur terangkan sikit syarat permainan ini yer..;
* Semua ahli kumpulan dikehendaki berada diatas garisan putih
*Jika gagal pasukan dianggap kalah..
*kemudian setelah kesemuanya berjaya berada diatas garisan putih..pasukan tersebut terpaksa pula melompat pada garisan putih disebelahnya..
*Pasukan yang berjaya..berada diatas garisan..terlebih dahulu..dianggap sebagai pemenang..
K sekian..next picture...............

Picture nie diambil waktu..lakonan untuk Pasukan"GENG"..Tapi nur tak join untuk lakonan nie sebabnya nur terpaksa jaga budak-budak..Lagi plak nur bukannya ada bakat berlakon ..daa..Hehehe..Tapi diorang nie semua berlakon..memang hebat..sampai ada budak yang takut takut..tau..Kisah lakonan nie..dibuat supaya dapat menginsafkan budak-budak..Biasalah budak-budak dan kanak-kanak nie..kalau pergi sekolah..ada cam -cam tujuan..antaranya ialah,hadiah,pujian.dan jugak sebab ada geng..So mentaliti tersebut lah..nak dipadamkan dari fikiran kanak-kanak nie..supaya..diorang menetapkan..bahawa satu-satunya tujuan kenapa diorang ke sekolah adalah kerana Allah..Terharu nur..sebab diorang semua(kanak-kanak) yang hadir dah didedahkan dengan program-program cam nie sejak peringkat sekolah lagi..Syukur..Sekurang-kurangnya..diorang bisa membezakan apa yang baik dan buruk..

Inilah kesudahannya selepas selesai lakonan..Semua ceria..jer..dibalik tabir..Sayangnya..gambar nur tak der time nie..(allaa ruginyaa..)

Masa nie..semua ATS berkumpul..untuk.sesi Senaman..Setiap seorang ATS perlu buat gaya mereka sendiri..dan setiap gaya yang dipersembahkan perlu diikut oleh budak-budak dan kanak-kanak..Memang lucu habis..Tambah plak gaya yang terbayang kat fikiran nie..dah diambil orang terlebih dahulu..(jenuh jugak nak pk kembali..gaya yang baru..) Mujurlah sempat..Tu pun gaya yang dipertontonkan..ntah gaya apa daa..Semua buat gaya merapu jer...(nur pun sama..tangkap muat jer...) Hahahaha..Kalau diingatkan kembali..malu lah jugak..Segan tau...Tapi bila dah lama....dah tak der apa-apa..Tapi makin rindu plak dengan kenangan nie..Bagaikan satu kenangan yang amat manis untuk dikenang kembali..Best tau...(budak-budak pun hepi jer..)

Di tempat bowling..Waktu nie picture nur memang tak der sebabnya nur tak join pun diorang nie semua..Lagipun..nur bukannya pandai main bowling..Suka lihat diorang yang hepi go lucky semua..Mesti ahli-ahli ATS rindukan pengalaman dan suasana nie..semula kan?InsyaAllah di lain masa andai panjang umur dan dimurahkan rezeki pasti kita semua bertemu lagi untuk merasai kemanisan yang Allah berikan untuk kita ini..Siapa tahu..kan? Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang teratur dan tersusun..Dia Maha Mengetahui apa yang terjadi dan baik dan buruk sesuatu yang berlaku itu..Terima kasih Ya Allah.,.kerana KAU pertemukan kami..dalam satu dakwah..iaitu fisabilillah..Moga.suatu hari nanti kami bertemu lagi dalam naungan redha dan cahayaMU..Amin

Slumber dan tetap maintai hepi..walaupun dah kepenatan yang teramat...


K sekian dulu untuk kali nie..Tunggu entri last dari nur tentang program ESQ kids..di Terengganu..Moga kalian bersabar dengan sepenuh hati yer..Sebab nur memang ambil masa sedikit untuk postkan semua artikel kat sini..Sebabnya keadaan kesihatan tak betul-betul mengizinkan..Apapun tq kepada warga ESQ Kids yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan..Dan kepada kawan-kawan yang nur sayang..moga kalian semua dalam limpah rahmat dan inayah dariNya..Dan buat diarkui..moga..Kau terus menemani hari-hari sepiku..melalui ukiran tinta..maya ini..InsyaAllah..Amin...Wassalam..Maasalamah wa Illlalliqa..Tata..

Cuaca Hati Ini; Mendung dan gerimis

Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat