
Salam? Malam ini sepi dan sunyi..seperti juga malam-malam sebelumnya..Namun..tirai pena maya ini belum tertutup...pena ini masih rancak menari-nari diatas lembaran putih ini..Terkenang kembali saat menghadapi liku-liku hidup yang yang serba mencabar..Saya toleh kekanan..tiada siapa disisi..kemudian saya toleh kekiri..juga tiada sesiapa..Saya pusing kebelakang..tiada yang menemani..lalu akhirnya saya..putuskan untuk pandang kehadapan..dan malam ini terlakarlah sebuah..coretan rahsia hati..Saya alpa dan lalai ..Selama ini..saya menang...tapi hakikatnya saya kandas..didunia ini..Tapi mujurlah..saya masih tidak kehilangan kasih dan sayangNya..Sudah lama saya terpaku dipintu derita..sehingga..saya lupa..pintu bahagia yang sedang menanti..Subhanallah..Maha Suci Allah kerana saya masih terpilih untuk berada dalam perlindunganNya..Teringat pula kenangan di tadi ;
Saya memandang wajah adik adik kecil yang ada di hadapan saya.Saya hanya sebagai ajk disini.Membantu menguruskan anak anak kecil yang masih tidak mengenal apa-apa..dan kebanyakan mereka masih suci dari sebarang dosa..Kebanyakan ibu bapa yang hadir membayar harga yang mahal supaya anak 2 mereka bisa dmotivasi ..Dan saya yakin mereka mengharapkan..anak -anak mereka sedar dan menjadi anak anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat..
Sementara menunggu waktu solat untuk menunaikan solat..saya sempat melihat..ibu-ibu yang kebanyakannya ibu tunggal..duduk disurau..sambil menunggu anak anak mereka .Ada juga yang tertidur..(penat barangkali).Sebak bertandang dihati..namun saya cuba kuatkan semangat..Saya perlu kuat..Saya tidak boleh mengalah dengan emosi..Saya perlu pamerkan wajah yang bahagia..agar mereka jua bahagia melihat saya..Tapi jujurnya..saya..amat lemah ketika itu..Saya terlalu kagum dengan wanita-wanita itu..Mereka..sanggup menunggu anak mereka tanpa..makan dan minum..Hati saya berkata"Alangkah mulianya..hati seorang ibu..tidak pernah mengeluh..tidak pernah..menangis....tapi apa yang mereka lakukan adalah satu bentuk keikhlasan dari hati mereka sendiri untuk anak -anak yang mereka cintai"
Ketika saya menunggu di surau sempat juga saya berkenalan dengan seorang wanita(ibu tunggal barangkali) yang duduk bersendirian. Waktu itu..saya..baru sahaja selesai solat dan dia juga sama seperti saya..Wanita itu menghulurkan tangannya untuk bersalam.(Malunya saya waktu ketika itu..sepatutnya saya yang menghulurkan tangan terlebih dahulu..)
" kerja kat sini? "tanya wanita itu.
"Eh tak.. saya hanya dipanggil untuk membantu apa yang perlu disini..Saya masih belum bekerja dan masih menunggu peluang itu makcik...."saya senyum.
"Ooo..makcik juga tiada kerja tetap..juga membantu orang yang perlukan makcik"bicara wanita itu lagi
"Makcik bantu apa?"..tanya saya lagi
"Makcik hanya tolong orang buat kerja kampung..kadang-kadang makcik menyiang ikan..kalau tak pun makcik ambil upah basuh baju..tapi sekarang...cuaca berubah-ubah..kalau hujan..nelayan tak kelaut..jadi makcik tak de lah kerje..cuma ambil upah cuci baju..atau buat lidi..jadi duit yang dapat hanya cukup makan je.." kata ibu itu
"InsyaAllah..rezeki ada dimana-mana makcik..saya juga masih berusaha ke arah itu ...Ujian yang DIA berikan ini..pasti ada hikmahnya..kan makcik..saya berkata lagi
"Ye..nak..ada hikmah yang kita tak terduga..bertuah ibu adik kerana melahirkan insan mulia seperti adik,moga anak makcik..akan jadi wanita seperti adik.." dia berkata lagi
"Oklah makcik..saya ada kerja...nanti kita cakap lagi..sampaikan salam saya pada anak makcik" Saya..
Tapi selepas itu..fikiran ini makin melayang-layang..saya tidak terus melaksanakan kerja..tapi saya berfikir dan duduk disatu ruang..Apakah saya layak digelar insan yang mulia..?? (kata-kata ibu itu bermain difikiran saya)sedangkan saya sendiri belum pasti akan makna perjuangan sebenar..Tanpa disedari..airmata ini menitis jua..mengenangkan..perjalanan hidup yang selama ini goyah..dan rapuh..Ya Allah..aku tidak layak mendapat gelaran itu..lalu semua pujian dari mereka..aku persembahkan pada Kau kembali..Cukuplah ENGKAU bagiku Ya Allah..
Petang tadi , ibu itu mampir lagi ke arah saya.
"Lambat lagi ke tamat ?"katanya.
"Dalam pukul 6 makcik. Kenapa ??"soal saya.
"Makcik kena balik.. Takut tertinggal bas..bas susah nak dapat kalau dah petang..baju orang kat rumah pun belum dicuci "katanya . Mata saya memandang sosok tubuh ibu itu. Pakaiannya kusam..tapi tetap kemas..
Dan sebelum balik saya sempat menemui anak kepada wanita tadi..dan sempat berpesan..
"Dik.. kena hargai jasa mak.. mak dah susah payah bawa adik ke sini, adik mesti buat terbaik ye!"meskipun hanya pesanan saya amat berharap anak itu..akan memahaminya..
Ketika majlis penutup saya menyaksikan ibu dan bapa menangis.
Bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya peluang untuk menyaksikan semua ini..
Apakah yang menyebabkan saya masih mahu kembali ke program seperti ini ?
Sebab nya ialah saya kembali hidup setiap kali saya melihat hidayah Allah turun kepada anak-anak kecil ini. Semangat saya kembali hidup apabila menyaksikan semangat orang lain untuk hidup. Dan saya pasti keikhlasan amat perlu jika ingin meyaksikan semua ini..Ya Allah..aku tidak mahu menyesal..Aku mahu terus..mengingatiMu di setiap detik dan saat hidupku..
(edited..dari Kem Motivasi Petang Tadi..)
0 comments:
Post a Comment