Monday, August 2, 2010

Kalian Adalah Mutiara Hidupku



Topik baru untuk kategori baru hari ini..Iaitu "Monolog Dan Getaran Puisi Sekeping Hati"
Dalam kategori ini..Puisi-puisi yang disampaikan ialah Puisi dari hasil karya nur sendiri..So Puisi-puisi nie tak dibenarkan dicetak sesuka hati atau ditafsirkan sesuka hati oleh pembaca yang budiman..Kerana apa yang dialami..hanya DIRI ini sahaja yang lebih mengetahui...Harap Maklum yer..Dan yang paling penting...jangan menimbulkan spekulasi-spekulasi yang bercanggah..Hehehe( nanti kalau ada..nur laporkan pada PBB) hahaha...(Ingat PBB jer sekarang nie..)



Hari ini..
Aku kembali lagi ke ruangan ini..
Mencatat dan terus mencatat lukisan hati...
Supaya hari ini akan terus menjadi sejarah..
Untuk selamanya...
Dan hari ini cuaca hati ini berubah lagi..

Rahsia hati ini..
Akan terus disini..
Dengan jari-jemari yang kian rancak menari..
Aku ketawa dalam duka..
Aku menangis dalam gembira..
Yang pasti rahsia hati ini..hanya aku yang merasainya..
Biarlah ia begini selamanya..
Salah akukah??

Tadi...
Hati ini terguris lagi..
Mungkinkah aku yang salah?
Menanti supaya sentiasa ada teman disisiku..
Sentiasa ada teman yang bisa menguatkan langkahku..
Sentiasa ada teman yang membangunkan aku kembali..
Salahkah aku untuk berharap teman yang seperti itu..

Tapi..
Setiap detik..setiap waktu setiap saat..
Aku makin menjauh dari mereka..
Dan mereka lebih jauh dari aku..
Tapi..masih ada sejenak rasa dihatiku...
Mengharapkan mereka berpaling kembali menatapku..
Salahkah aku berharap??

Apapun...
Aku gembira..mereka bisa hidup gembira tanpaku..
Mereka bisa mandiri tanpaku
Walaupun mereka mungkin sudah hampir melupakanku..
Aku masih berharap mereka mengenaliku lagi..
Cukuplah mereka mengingati hanya sebaris namaku..

Kerana bagiku..
Itulah anugerah yang tidak ternilai dalam hidupku..
Itulah mutiara yang paling berharga dalam perjuanganku..
Kerana bagiku..
Mereka adalah kenangan terindahku..
Kini dan selamanya..

Terima kasih teman kerana kalian pernah menjadi sejarah dalam hidupku...Terima kasih jua kerana kalian mengajarku erti
sebuah perjuangan dan persahabatan


Cuaca hati ini;Hujan rintik 2

Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat