Wednesday, August 25, 2010

My Besday Ke 22


Assalamualaikum? Apa khabar semua?? Sekian lama saya menyepikan diri..hari ini barulah saya..terasa ingin melakarkan sesuatu di kanvas putih dengan bertemankan tinta maya ..Hari ini tanggal 25 ogos 2010..Genaplah umur saya..melangkah ke angka 22 tahun..Hurmm rupanya dah lama saya menghirup nafas di bumi ini..Alhamdulillah..syukur..Dan saya berharap ..masih ada peluang peluang untuk saya..memperbaiki diri di dunia ini..Selamat Hari Lahir Nur..Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan rezeki..hehehe..(ucapan untuk diri sendiri)..Dan tidak lupa kepada mama yang telah bersusah payah melahirkan..diri saya..dan mendidik serta menjaga saya sehingga saya bisa menjadi manusia seperti sekarang..Tak lupa juga kepada papa yang selalu memberikan sokongan tatkala saya buntu dan gelisah dalam menjawab segala persoalan hidup..Sesungguhnya jasa kalian tidak dapat saya balas..>>Tq sekali lagi buat mama dan papa
22 tahun saya mengenal dunia..22 tahun juga saya diasuh dan ditatang oleh kedua ibu dan bapa..Namun masih banyak kekurangan dalam diri saya..Jujurnya saya takut..Takut andai nyawa saya diambil ketika saya belum memperbaiki kekurangan yang ada pada diri saya..Takut kerana saya masih belum bersedia untuk mengadap pencipta..tatkala diri saya masih terumbang ambing mencari erti kehidupan..yang sebenar..dan takut andai saya tidak bisa menjadi hamba yang terbaik untukNYA..Ya Allah..aku mohon..KAU panjangkanlah umurku...agar bisa ku meniti dan mencari bekalan untuk mengadapMU kelak..Kerana aku yakin..diriku..masih belum sempurna..untuk menjadi hamba yang terbaik buatMU..Sesungguhnya hanya ENGKAU Yang Maha Mengetahui..tentang segala sesuatu yang bakal terjadi..


Umur semakin pendek, bukan semakin bertambah panjang .Pertambahan umur, memang menggembirakan. Tetapi manusia perlu sentiasa beringat bahawa, pertambahan umur adalah petanda bahawa umur kita semakin pendek. Waktu kita semakin singkat. Berakhirnya semalam tidak akan dapat dikejar.

Seorang sahabat berkata semasa hari lahir saya :
“Moga peningkatan umur, menjadi perhentian muhasabah”

Semakin dekatlah waktu pertemuan saya dengan Allah SWT. Entah sampai bila lagi masih boleh menghirup udara dan menggunakan sisa tenaga yang ada. Adakah mati dalam ketaatan? Atau mati dalam keingkaran? Di sinilah letaknya keperluan pada kesungguhan usaha menjadi hamba-Nya. Moga-moga, saya mati sebagai pemenang dalam ujian-ujian-Nya. Senang saya mengingatkan diri saya dengan satu ayat Al-Quran.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, dan di akhirat kelaklah akan disempurnakan segala balasan. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beerjaya. Tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.
Ingatlah wahai diri saya bahawa mati itu pasti untuk kita. Ketahuilah akhirat itu juga tempat kita hendak kembali. Hanya yang diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga yang dinamakan berjaya. Ketahuilah bahawa dunia ini hanya tipuan semata-mata, dan perlulah kita yang mempergunakannya, bukan dunia mempergunakan kita.

Semoga Allah redha dengan usia saya.

Ucapan Besday memenuhi wall facebook saya. Tidak kurang juga yang menghantarkan ucapan dengan mesej terus ke inbox facebook saya. Tak kurang juga yang ada yang menghantar dengan menggunakan SMS.Ramai. Menyebabkan saya amat terharu. Saya berusaha menjawab satu persatu. Antara yang menghantar ucapan adalah Dayah,Su,Wani,Syakila,Adila,Kak Kemy,Ct,dan ramai lagi.MasyaAllah, terasa diri ini mempunyai keluarga yang sangat besar dan ramai. Semoga semuanya diredhai Allah SWT hendakNYA. Hanya rantaian keimananlah yang menghubungkan kita semua. Saya ucapkan terima kasih atas doa-doanya. Semoga, yang mendoakan, akan diredhai dan dirahmati Allah lebih dari yang didoakan. Terima kasih semua..

Amiiin…
Segala kudrat yang ada, segala tenaga yang masih wujud, dengan umur yang masih berbaki, dengan waktu yang belum luput, saya akan gunakan semuanya di dalam usia yang masih ada ini hingga segalanya kering sekering-keringnya. Akan saya gunakan semua ini untuk Allah SWT, menggapai redha-Nya. Biar mati dalam keadaan benar-benar menjadi hamba yang tunduk dan taat kepada-Nya. Doa saya pada pertambahan usia ini hanya satu.

“Ya Allah, kurniakanlah aku taat dan kekalkanlah cintaMU padaku ”
Taat kepada Allah SWT.

Usia ini akan saya gunakan untuk tugas-tugas memperbaiki diri dan mengajak pula ummah bersama-sama saya. Biar hidup ini bermakna dengan semuanya dikira oleh Allah SWT. Biar mati nanti bermakna kerana pulangnya saya sebagai pemenang dalam ujian-ujian-Nya.
Saya ucapkan syukur kepada Allah SWT yang mengisi kehidupan saya dengan pelbagai perkara yang menarik. Saya sujud kepada-Nya dengan rasa kerdil agar Allah mempermudahkan pula apa yang akan saya lalui selepas ini. Moga saya benar-benar dapat meneruskan kehidupan ini dalam teritori seorang hamba. Hingga kering segala apa yang ada pada usia. Hingga usia itu sendiri luput daripada dunia. Akhir kata, selamat hari lahir buat diri. Jangan lupa tuntutan Allah pada kita di akhirat nanti.

Ps: Terima kasih khas kepada sahabat-sahabat, adik-adik junior yang meberi ucapan. Sangat-sangat syahdu hati ini dengan kemurnian jiwa kalian
Cuaca Hati Ini; Cerah..
Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat