Tuesday, August 10, 2010

Suatu Pencarian/ Salam Ramadhan


Salam..ukhwah salam ramadhan buat semua teman-teman..Hari ini ...alhamdulillah..saya masih diberi kesempatan nafas oleh Allah meneruskan perjuangan demi pencarian kehidupan yang banyak cabaran dan halangannya ..bergelar seorang hamba,anak,kakak dan sahabat...suatu amanah yang sangat berat utk dipikul...semua org pasti tahu,pabila byk tanggungjawab yang terpaksa dipegang,banyakla pula rintangannya.. dalam mengejar cita2 yang satu,menggenggam segunung impian dan harapan ayahanda dan bonda tercinta,segala kepentingan lain terpaksa diketepikan...ayahanda dan bondaku,anakanda tidak akan mensiakannya kerna kalian yang terpenting dalam hidupku.....

setiap tanggungjawab yang dipegang,segalanya bersandar atas apa yang ALLAH pasti dimana kemampuannya pada kita,lain orang lain ujiannya,lain orang lain tahapnya...namun apa yang pasti,segalanya itu ujian didunia..antara nikmat mahupun musibah...begitulah titipannya...cuma kita kadangkala sedar xsedar...

justeru..apa pula yang kita isi dalam mengejar dunia kedewasaan kita..mengejar ilmukah??kekayaankah?dunia kejayaanmukah??dimana pula kayu ukurnya...dan dimana terasnya asas yang kita letakkan kini...cukupkah sekadar berbasi2 mengambil agama itu hanya sebahagian darinya?ataupun kita berpijak senada dengan garis perjuangan murabbi agung kita RASULULLAH S.A.W....


Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan?

tepuklah dada...tnya pada diri kita...kemanakah kita alirkan apa yang telah dimudahkan bagi kita sebelumnya oleh ALLAH...sesungguhnya..rata2 kita..memiliki ilmu..tapi sejauh manakah ilmu itu digunakan..disebarkan dan dikongsikan penuh keikhlasan demi membantu satu perjuangan menegakkan kalimah tauhid....mampukah kita masih berdiam diri dan berselesa dengan apa yang ada..


Sebuah kembara,memakan perjalanan yang panjang..masakan ia terlepas dari dugaan yang kadangkala menuntut suatu pengorbanan didalam diri sendiri.Disaat hati-hati ini berarak mencari cahaya kepastian,ia bertembung dengan layar keinsafan,dan dengan cebisan layar itulah..hati-hati manusia mula mencari satu penghijrahan,menerjah dimensi mujahadah melawan keinginan dan hawa nafsu yang membinasakan..beraraklah ia pergi kerana ketentuan ILAHI,Dan dengan jihad itulah diri manusia didewasakan melalui penghijrahan.berhijrahlah kerana tuhanMU,tidak sesekali ia melupakanmu,malah..terbuka luas raihan cinta kasihnya pada umat MUHAMMAD ini..sepertimana yang disebut ALQURAN

surah Al- Imran ayat 110…umat MUHAMMAD itu khairun ummati ukhrijat linnas..Ya tuhan,sesungguhnya..kerapkali kami ini alpa pada padaMU..namun tidak sesekali Engkau lupa pada hambaMu..walau bergunung dosa hambaMu ini dalam setiap hembusan nafas kasihMu..

Ya rabb,
Redhakan aku dengan segala ketentuanMu..
Untaikan kasihMU dalam tiap sujudku..
Lapangkan dadaku menerima watikah cintaMU..
Kuatkan langkahku melawan keinginan mudaku,
Sucikan hatiku dari noda-noda hitam yang membelenggu..
Hati ini milikMU..dan
Hanya kepada ENGKAU ku serahkan kembali..
Tarbiyahkan aku dengan ayat-ayatMU,
Jauhkan aku dari kelekaan yang bakal menjeratku,
Islahkanku dengan sebuah penghijrahan imanku…
Ya tuhanku,
Sesungguhnya aku pasti,ENGKAU tidak akan sesekali meninggalkanku..
Kuatkanku dengan AL-QURAN DAN SUNNAHMU..
Yang pasti akan menemaniku saban ketika,dan saban waktu..
Selagimana aku mahu…dan ku redhakan hatiku ini kerna ia milikMu…

Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat