Tuesday, May 18, 2010

Beza Perjuangan Hari Ini Dan Semalam


Assalamualaikum..Hari nie..tajuk entri agak berlainan sedikit..Memang banyak perbezaan...antara perjuangan dahulu dengan perjuangan sekarang..Dulu perjuangan nur..hanya untuk memajukan PRS..dihati nur ada PRS..dijiwa nur ada PRS..di minda nur..semuanya tentang PRS..dan niat nur tika itu hanya 1 iaitu untuk memajukan PRS..Tapi kini..perjuangan itu telah lama berakhir..telah lama menjauh..pengorbanan yang dulu tidak lagi menjadi kebanggaan..dan nur kini berjuang dalam bentuk yang lain..lebih kearah mencari keredhaan Allah..Alhamdulillah niat suci ini disambut baik oleh kawan-kawan seangkatan nur..suatu ketika dulu..(tq kawan-kawanku di SMKPA)

Bukan ingin mengungkit..bukan jua ingin mengata..cuma ingin meluahkan sedikit kelukaan hati di teratak ini..Semestinya dalam hidup seorang manusia..pasti ada pahit manis perjuangannya..Cuma yang membezakannya ialah cara kita mengatasi dan mengawal situasi tersebut..Dulu tika dilapangan PRS ini..ianya sebenarnya sesuatu yang menggetarkan relung -relung hati..Ya.nur punyai ramai teman..ramai kawan..tapi tiada sahabat..(ia memeritkan bukan?)Tapi itulah namanya perjuangan..dan tatkala nur hampir tersungkur..tiada siapa yang membantu..tiada siapa yang mengerti..dan disebabkan ini jugalah ramai yang tidak mengenali nur..

Bukan pangkat yang nur inginkan..bukan jua untuk popular dan dikenali..cuma waktu itu..nur amat memerlukan sokongan dan pengertian..Melaksanakan tugas berseorangan ..itu sebenarnya bukan pilihan nur..tapi pada siapa..lagi harus nur adukan..Kerana tanggungjawab dan amanah..nur pikul segalanya..bersandarkan keikhlasan..Tatkala kita kesedihan..mereka tertawa gembira..tatkala kita bermuram durja..mereka ditelan keriangan..Apakah itu namanya sahabat??Oh..lupakan kisah lalu...kerana..makin diungkit...sesuatu perkara..bermakna kita tidak redha dan ikhlas dengan apa yang terjadi..(stopppp..!!! untuk kisah lama)

Kini semuanya berbeza..berjuang di jalan keredhaan ini..sebenarnya lebih mudah..Ada teman disisi..ada sahabat yang setia..dan yang penting dakwah di jalan Allah ini pahalanya berlipat-lipat ganda dari yang dulu..Berdakwah di jalan ini..memang memberikan tekanan jika dakwah ini ditolak dan tak terima..tapi kerana keakraban..kerana ukhwah..kerana ikatan yang erat antara kami..menjadikan dakwah ini..satu kebahagiaan buat kami..Terima kasih Ya Allah kerana kembalikan nur pada jalan yang KAU redhai dan berkati..InsyaAllah..nur akan teguh dan tetap di jalan ini..

Perjuangan hari ini..bukan lagi seperti semalam..Kalau semalam cerita sedih menemani..Hari ini..cerita gembira bertandang tiba..Kalau semalam..ia melelahkan dan memenatkan..Hari ini..ia makin mengembirakan dan mencuit rasa hati..Berteman dengan rakan-rakan seperjuangan..yang tidak pernah membezakan antara satu sama lain..Ia memang menjadi sesuatu yang ajaib dan ia juga merupakan suatu perasaan yang terlalu indah yang tak pernah digambarkan..Pergilah semalam..kembalilah hari ini..dan ceriakan hari-hari seterusnya..Namun kenangan semalam masih diingatan..masih ada rona bahagia pada hari semalam..untuk dijadikan memori untuk hari ini..

Bukan menidakkan apa yang telah berlaku..Cuma berbicara atas pena luahan rasa..Allah itu Maha Adil..apabila kita sudah lama terpaku di pintu derita..maka dibukakan pula kita pintu kebahagiaan..untuk kita..Namun ujian-ujian yang lain..masih menanti di hadapan..kerana ujian itulah membuatkan hati kita makin dekat dengannya..Kerana ujian itulah..membuatkan kita merasakan diri ini istimewa padanya dan kerana ujian itulah membuatkan iman kita terus terpadu bersamanya..Allah itu Maha Berkuasa..Diberikan ujian tanda kasih sayangnya pada kita..sebagai 1 hadiah yang tiada tolok bandingannya..

Firman Allah Taala:


“Ketahuilah bahawa apa (yang dikatakan) kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan beranak-pinak, (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan) tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanaman suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning, akhirnya ia menjadi hancur bersepai, dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan di dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Berlumba-lumba kamu (mengerjakan ama-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya, yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar “. (Surah Al-Hadid:20-21)

Hayatilah lirik lagu ini;

Perjuangan itu Gerun dan Mengerikan
Hebat dan Dasyat Menggerukkan Hati
Bagi Mukmin Di Sini Harga dan Nilainya 2x
Perjuangan itu Bagai Sampan Di Laut
Di Atas Lapang Tiada Perlindungan
Di Bawa Air Melambung dan Menggunung
Menongkah Gelombang Yang Datang Melanda
Kiri Kanan Depan dan Belakang
Angin Yang MenderuTidak Tahu Bila Datang
Hujan Badai Yang Datang Menyerang
Bak Singa Yang Lapar Yang Garang
Kadang-kadang Terdampar Di Batu Karang
Penumpang Menerima Nasib Berlainan
Ada Yang Jatuh Ada Yang Tenggelam
Yang Pandai Berenang Berpaut Ke Sampan
Ada Yang Berjaya Berenang Ke Tepian
Sekali Lagi Dia Melayar Sampan
Walau Pelayaran Mungkin Tidak Berjaya
Namun Harapnya Hanya Pada Yang Esa

K sekian dulu pena luahan rasa hari ini..Tata semua..wassalam

Cuaca Hati Ini;Hujan renyai-renyai

Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat