Monday, May 17, 2010

Kasih Ibu Sepanjang Hayat Tiada Penghujung

Assalamualaikum..Hari nie just nak kongsikn sedikit bingkisan buat ibu..Hayatilah yer...Sesetengahnya nur cuma copy dari berita Metro..dan pelbagai ruangan blog yang lain..Sekadar mengingat kembali jasa ibu yang begitu besar terhadap kita semua..KEMBALIKAN semula ingatan kita pada zaman kanak-kanak dahulu. Masihkah kita ingat lagi ketika merajuk, ibu datang memujuk, apabila terjatuh ketika bermain ibu berkejar mendapatkan kita dan apabila menerima berita gembira ibu orang pertama kita beritahu.
Pendek kata, semua kemahuan kita ibu tidak pernah hampakan. Namun, hati mana tidak tersentuh apabila menyaksikan terdapat banyak kes penderhakaan terhadap ibu.
Ada sanggup melawan dan menengking ibu, lari dari rumah kerana bosan mendengar nasihat ibu, membiarkan ibu berseorangan, tidak bertanya khabar ibu di kampung malah ada sanggup memukul ibu hanya kerana perselisihan kecil.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan Kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu): Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali." (Surah al-Lukman ayat 14). Hanya Allah mampu membalas bakti dan jasa ibu kepada anaknya. Ibu tidak pernah mengeluh atau kecewa apabila ditimpa kesusahan demi anak tersayang. Justeru, kita dilarang menderhaka kepada ibu, mengecilkan hati, melawan atau mengherdik.

Menderhaka kepada ibu bapa adalah satu dosa besar dan anak tidak akan mencium bau syurga meskipun mereka melakukan amal ibadat lain. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang. Ketika kita sakit atau demam, ibu baring di sebelah kita untuk memastikan kita selesa.

Bukan menidakkan peranan ayah, namun ibu adalah segala-galanya. Yang sedihnya, selepas dewasa dan berdikari, kita tergamak melukakan hati ibu. Justeru, jika anda masih mempunyai ibu, gunakan kesempatan ini untuk membelai, menjaga dan menziarahi di kampung kerana ia adalah amalan mulia. Sepatutnya, anak tiada alasan tidak menziarahi atau menghubungi ibu apatah lagi dengan kemodenan teknologi maklumat.

Kisah Kasihnya Ibu;(nur copy dari artikel di blog jer..)
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.


Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu… Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai katasemangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.
Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu…”Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapidia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah.


Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.



Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.”Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ketelinga anaknya itu.



Kisah Di Zaman Rasulullah;(copy jugak nie...)



Terdapat kisah pada zaman nabi apabila ada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda kemudian menyampaikan hasratnya menyertai baginda berjihad. Baginda menjawab seperti, "Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?", "Adakah kamu bijak bermain pedang", "Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?" Tetapi baginda bertanya kepada lelaki berkenaan "Adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?"


Kemudian lelaki itu menjawab: "Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai seorang ibu di rumah" Baginda berkata "Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya? Lelaki berkenaan menjawab: "Semestinya dia memerlukan saya". Baginda menasihatinya: "Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana sekiranya kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah". Jangan pula apabila sudah berkeluarga atau tiada dalam tanggungan keluarga kita semakin menyisihkan ibu.

Kisah Adik Aqeel dan ibunya;(copy dari blog Chain Morad) disini

Saya terharu membaca berita mengenai kasihnya seorang anak yang sanggup berenang selama 12 jam ditengah laut sambil mengheret mayat ibunya yang telah mati lemas. Itulah kisah Aqeel Qirqeel, 14 tahun satu-satunya mangsa yang terselamat dalam insiden bot karam di perairan Teluk Rumania, Johor. Insiden ini turut mengorbankan 6 orang anggota keluarga Aqeel.



Insiden dan peristiwa ini sangat menyentuh perasaan saya dan tergambar di mata saya bagaimana rasa kasihnya seorang anak yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kasihnya pada seorang ibu yang telah meninggal kerana lemas, kerana tidak mahu mayat ibunya terus hanyut dan hilang.
“Saya tahu ketika itu ibu saya sudah meninggal dunia tapi saya tidak mahu melepaskan mayat ibu. Saya bimbang ibu akan hilang atau tenggelam”.
Kasih Aqeel jadi ingatan kepada kita, bahawa tanggungjawab menyayangi kedua ibubapa bukan sahaja ketika mereka masih hidup, tetapi ia menjadi tanggungjawab wajib kepada setiap anak samada ibubapa masih hidup atau telah tiada.


Saya yakin, jika kita insaf dengan apa yang Aqeel lakukan, nescaya kita tidak tergolong dalam kelompok anak yang derhaka dan melupakan tanggungjawab kita kepada mereka, kerana itu tidak hairanlah bila dikatakan bahawa ‘syurga itu dibawah tapak kaki ibu.’Seorang ibu boleh menjaga 10 anak tapi 10 anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu.Renungkanlah.


"Dalam al-Adab al-Mufrad ada mencatatkan sembilan jenis dosa besar yang dimurkai Allah dan antaranya menghina ibu bapa dan (menyebabkan) ibu bapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua). "Allah mewajibkan anak memuliakan serta menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama. Allah juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada ibu bapa," katanya.


Selain itu, beliau berkata dalam sebuah lagi hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)." "Justeru, berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih hidup. Jangan apabila mereka sudah meninggal dunia, barulah kita mahu membina batu nisan terbaik atau mencetak surah Yasin khas untuk tahlil ke atas mereka," katanya.

Surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”


Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”

Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir. Dalam lelehan air mata, barulah disedari segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.Sudah menjadi sikap manusia menyedari akan kepentingan sesuatu apabila benda itu tiada lagi dengan kita, apabila kita telah kita telah kehilangannya, sedarlah sebelum terlambat.

K.sekian dulu untuk hari nie..Sajer -jer menampal koleksi artikel tentang ibu nie..Lagipun kan..masih bulan Mei..hehehehe..Selamat Hari Ibu kepada Semua ibu sedunia..hehehe..ops..lupa lak..nur nak kongsikan satu lagu yang cukup sedih dah mendalam maknanya..tapi lagu tu tak u all kene download dulu disini"Di Pusara Bonda-Wildan"

Hayati dan fahamilah lagu ini..Ia pasti menusuk hati..K..tata..sekian dulu untuk kali nie..Assalamualaikum..Muahahaha..love u all..


Cuaca Hati Ini; Redup

Categories

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Tinta Maya Nur Annawairah Design with love by CikBulat